Saturday, May 26, 2012

Ikatan hati?

Bismillah.

Masya ALLAH. SubhanAllah. Allahuakbar.

Siang tadi, terlintas di fikiran saya sepotong nama. Nama seorang kawan semasa sekolah rendah. Paling akhir, seingat saya, mungkin semasa darjah empat. Kemudian, beliau berpindah sekolah dan kami tidak berjumpa lagi hingga ke hari ini. Hampir 9 tahun!

Terdetik di hati, saya nak search nama dia di ruangan FB. Dan saya baru saja menjelajah akaun FBnya. Sekadar mendapatkan beberapa maklumat terbaru tentang dirinya, contohnya seperti sekolah menengah dan universitinya.

Dan, saya terkedu apabila mengetahui bahawa hari ini - 26 Mei 2012 merupakan hari ulangtahunnya.

Keajaiban!

It has been a very long time! Dah lama tak contact, dan tiba-tiba, bila saya cari dia, boleh pulak on time pada hari lahirnya!

Ikatan hati kami kuat? Tak jugakkk. Sebab saya sangat tak rapat dengan beliau. Masa jamuan perpisahan dia pun saya tak bagi hadiah pada dia, di saat teman-teman lain menghadiahinya cenderahati kenang-kenangan.

Pelik.

Tapi saya anggap ini sebagai kebetulan. Kebetulan yang manis ^^

Awak,
mungkin awak dah lupa saya.
Masuk akal :)

Selamat hari lahir ke-19.
Semoga cemerlang dunia akhirat, insya ALLAH.

Sekian, bebelan dinihari.

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template