Thursday, May 24, 2012

Cuti (?)

Assalamualaikum wbt.

Ohhoiii. Esok nak naik bas nak balik KL semula, malam ni baru nak update belog, Maryam? Cuti dua minggu buat apa derr?

Masya ALLAH. Cuti dua minggu ni, rasa amat sekejap je! Seminggu pertama saya menepek di rumah je. Keluar pun, dekat2 je. Dalam marhalah lagi :D Minggu kedua baru mulakan misi town-hoping. From one town to another. Yeyehss :D

[Kenapa zaman aku kecik takde baju style cenggini? =.=' ]

[Makan cendol bersama ayah! :) ]

 [Ayah mencuba spek ajaib derr. Kacak meyh. Bila mommy tengok gamba ni, soalan 1st beliau : siapa perempuan tepi ayah tu?]

Selain tu, balik kali ni juga, I managed to capture the photos of my grandparents with me. Wehhooo ^^

 [Ohhh, Aytuk saya sangat hensem ^^ ]

 [ Mek ohh mek! Comelllll :))) ]

Mereka antara insan yang melimpahkan saya dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi sejak saya kecil sampai sekarang. Masih sudi dipeluk cium saya yang dah membesar ni :)

Semoga mek dan aytuk panjang umur dan sihat tubuh badan. Bagi sempat dengan adik kahwin ye. Auww ;)

Huihh. Esok dah kembali ke KL. Pack barang sebelum daftar masuk PJ ahad ni. Kenapa sekejap sangat cuti? Kenapa awal sangat nak balik UIA?

Ehheh. Lupa nak bagitau. Dengan ini diumumkan bahawa saya telah dilantik menjadi comittee TaWe bagi tahun ini. Sekian, terima kasih :) 

Semoga boleh jadi committee yang baik ye, Maryam. Adik-adik, ambil akhlak terpuji je ye daripada akak. Benda-benda tak elok yang melekat pada diri ini, sila jangan cuba di rumah mahupun di mana-mana :D

Ohh ya. Tadi sempat keluar dengan ayah dan Konah. Ayah drive, sambil-sambil tu beliau buka kelas Feqah. For the first time, ayah secara terbukanya menyentuh tentang isu haid dan mandi wajib. Biasanya, ayah serahkan pada mak aje untuk isu-isu sedemikian. Tapi semenjak ayah minat Ustaz Don, dan berkongsi keterbukaan Ustaz Don tentang hal-hal ibadah ini, barangkali kerana itulah ayah memperincikan kepada kami ; anak-anak perempuannya, tentang isu thoharah ini. Atau mungkin juga kerana ayah menganggap kami sudah cukup dewasa untuk ayah bincangkan tentang isu ini.

Ohhoi. Syahdu seketika. Mendengar penjelasan ayah, meskipun hal yang sudah acapkali dijelaskan oleh ustaz dan ustazah, namun apabila mendengar daripada ayah, lain rasanya. Ohh, semerta rasa ini sudah dewasa :D

[Abaikan wajah montel makhluk bertudung hitam itu. It's undeniable and uneditable. Mana tak montelnya, balik dua minggu, makan aje kejenya!]

Alhamdulillah, sempat juga menikmati cuti di kampung halaman, meskipun hanya dua minggu cuma. Alhamdulillah, sempat melakukan banyak perkara yang dirancang dalam kepala. 
Alhamdulillah, best~

Semoga perjalanan saya esok, selamat. Insya ALLAH ^^

Wallahu'alam, wassalam.



0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template