Saturday, April 28, 2012

PBAKL 2012

Assalamualaikum wbt.

Semalam, bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012. Dengan kehadiran ayah dan emak ke sini, alhamdulillah saya berkesempatan ke PBAKL, semalam. Kenapa? Ohh, sesungguhnya ketahuilah wahai rakan-rakan, bahawasanya PBAKL itu ibarat syurga dunia kepada ayah saya, si pencinta buku yang setia ^^



Ayah dan kakak jemput saya di PJ, kemudian kami menghala ke PWTC dengan semangat yang membara. Mula-mula sampai orang, tak ramai, tapi lama-kelamaan, makin penuh PWTC tu. Kakak stay sampai pukul 12.30, kemudian terpaksa bergegas balik untuk ke sekolah. Maklumlah, guru sesi petang. Saya dan ayah akan pulang petang nanti dengan menaiki komuter.

Dari satu booth ke booth lain, dari satu dewan ke dewan lain, dari satu bilik ke bilik lain, berjalan aje! Terlampau banyak buku menarik! Ohh ohhh. Saya serbu booth Jemari Seni dulu, kemudian Konah ke booth KaryaSeni. Lepas tu ke hall Karangkraf, jumpa Nurul Syahida, novelis Buku Prima. Ohh, saya peminat susah mati beliau! :D


Buat Kak Shai, selamat hari ulangtahun! It was quite improper of me of not knowing your birthday yesterday, but kept talking many things to you. Kesian akak kena layan saya yang cakap banyak ni. But seriously, I talk much only with people that I comfort to be with. Kiranya, saya selesa dengan akak laa ;)

Selamat maju jaya dalam kerjaya anda. Hope that this year your life will progress much better, insya ALLAH :)

Kemudian, lepas lunch dengan ayah dan ayah beransur ke Surau Ar-Rahman untuk solat Jumaat, all of a sudden saya terjumpa sunbae-nim terchenta, Kak Nisa! Kami cakap-cakap kejap, dan ajak beliau ke booth AinMaisarah yang berdekatan dengan tempat perjumpaan kami. Rezeki kami kot, masa tu Kak Ain sangat free. Takde orang yang minta autograf atau fotografi dengan beliau. Saya terus mendapatkan Kak Ain Maisarah untuk bergambar, dan inilah hasilnya :


Then we had a chat. Saya bagitau Kak Ain, yang saya tak pasti beliau ingat saya lagi ke tak, sebab saya pernah menjadi peminat setia Kak Ain zaman-zaman remaja dulu. Untuk makluman, Ain Maisarah merupakan penulis novel bergenre remaja. Novel pertama beliau yang saya miliki ialah Aku Mahu Saiz S dan yang terakhir ialah Impiana Finale, sebelum saya beralih mencari bahan bacaan yang lebih matang.

Saya memuji usaha Kak Ain yang lebih menfokuskan remaja berusia 9-15 tahun sebagai sasaran pembaca. Dengan menghasilkan pelbagai karya yang menarik, saya pasti, ramai yang mengenali Ain Maisarah melalui karyanya. Pendek kata, para pembaca muda akan mengenali Siri Aku Mahu daripada Ain Maisarah terlebih dahulu berbanding karya-karya lain yang lebih berat.


Kak Ain ni sangat comellll walaupun umur dah masuk 30. Ohhh! Beliau macam remaja, sebab berfesyen style remaja, muka pun muda lagi, gaya pun comelll. Takpe Kak Ain, usia hanya sekadar angka! Semoga terus sukses, Kak Ain! :)

Lepas beramah mesra dengan Puan AinMaisarah, saya dan Kak Nisa beransur mencari teman-teman Kak Nisa yang lain, dan jumpa Kak Ain Hamzah yang tengah buat karikatur!

*gambar ni hanyalah untuk menCAPUB (cari publisiti) demi nak masuk belog MTB milik Kak Ain. yuhuuu :D *


Dan inilah hasilnya! Sama tak? :D

Kak Ain, saya pun buat karikatur la. Dapat harga special lagi! :)


Tak tahulah tang mana yang sama. Mungkin cuma bulu mata! Haha :D

Lepas dapatkan karikatur ni, saya bergegas ke surau, untuk solat Zuhur, selepas solat Jumaat berakhir. Ayah dah call, dan lepas solat, saya berdua-duaan dengan ayah memborong buku-buku agama dan motivasi. Ohh, di sini rasa syukur sangat. Hari pertama jumpa ayah, dan ALLAH terus bagi can pada saya untuk menghabiskan bersama ayah tercinta!

Lepas memborong sakan, kami berjalan ke Stesen KTM Putra untuk menaiki komuter ke UKM, dan dijemput oleh Abang Naim di sana. Kesian ayah saya yang kacak itu, kena tunggu tren dalam masa yang lama dan kena berdiri sepanjang perjalanan. Saya? Saya dah biasaaaa. Hehe :)

Alhamdulillah, seronok rasanya ke PBAKL tahun ni. Jumpa pelbagai jenis manusia dan sempat bertukar fikiran dan pendapat. Apatah lagi, saya berjalan bersama ayah. Ohh.

Rakyat Malaysia, ayuh membaca! :)

Wallahu'alam, wassalam.

2 love letta(s):

Miss Tembikai Bulat said...

hamboiiii..advance gituuuu :P

Maryam Kamal said...

op kosss. siap ada elaboration pasal MTB lagi ;)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template