Saturday, April 21, 2012

Kuala Tahan : Muhasabah Trip begins.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hujung minggu ni mampu merasa balik berhujung minggu di Bangi, tempat kegemaran :D Selepas dua hujung minggu dihabiskan di luar daerah, this week I'm back! Teheeee :D

Dua minggu sebelum ni, I was in Arau, attending a motivation camp as a facilitator :) Last week, I went to Taman Negara Kuala Tahan, Pahang for a reflection trip to facilitators of Facilitator Representive Council (FRC) of CFS IIUM.

Most of the participants were 2nd year students who soon to graduate. There were only 10 first year students and we were appointed as the committee for this program. Cuak meyhh nak jadi committee untuk abang kakak senior! But Alhamdulillah, with the help by the seniors, everything went well, alhamdulillah :)

It was a 3 days 2 night trip. We departed from CFS at 3.15 pm of Friday and arrived at Kuala Tahan right after Maghrib. Nothing much on that day, just an opening ceremony by Deputy Dean of Student Development Department, Br. Izdihar Ishak :)


On the next Saturday, we enjoyed ourselves very much! We began with jungle trekking at the morning, rapid shooting as well as orang asli visit at the evening. Awesome! :)




Kehidupan orang asli ni membuatkan saya insaf sangat. Kita di bandar, kalau takde elektrik setengah jam, dah macam cacing kepanasan. Sedangkan mereka, keperluan asas sangat terhad. Malam memang bergelap. Usahkan tilam Vono, alas tempat tidur pun tiada! Usahkan bantal Sweetdream, pelapik kepala pun tiada! Maka, bersyukurlah ye dengan apa yang ada. Nalhamdulillah ^^


Kampung ni baru kehilangan Tok Batin 5 hari sebelum kami ziarah. Mengikut kepercayaan mereka, kalau ada kematian di kawasan mereka, mereka harus berpindah ke tempat lain. Namun oleh kerana Tok Batin tu meninggal di tempat lain, maka tak perlulah mereka berpindah.

Cara kaum ini menghapuskan mayat adalah dengan meletakkan mayat tersebut di atas pokok jauh di dalam hutan. Mereka akan naikkan mayat tu ke atas pokok, bekalkan sedikit makanan di pangkal pokok dan biarkan mayat itu mereput di situ. Uhhhu, seram bunyinya.

Kaum ni masih lagi tidak beragama. Agak susah untuk berdakwah kepada mereka kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Asyik berpindah-randah je. Nak detect dorang pun susah.


Sila lihat wajah penuh khusyuk mahu menyumpit. HAHA. Konklusi yang boleh dibuat daripada adegan sumpit ini ialah : Wanita menyumpit lebih hebat daripada lelaki!

5 penyumpit lelaki, hanya 1 yang mengenai sasaran. 5 penyumpit perempuan, hanya 1 yang tersasar daripada sasaran. Kesimpulannya, wanita lebih determined berbanding lelaki. HAHA. Isu jantina timbul secara tak semena-mena. Teheeee :D

*saya sumpit kena sasaran ye. tepat lagiii! haha. riak seyh! :D *


Ini satu-satunya reaksi yang diberikan oleh mereka kepada kami. Sebelum ni, kami cuba berkomunikasi dengan mereka, namun tidak dilayan. Apabila kami mahu pulang dan bersungguh-sungguh melambai ke arah mereka, kemudian barulah mereka membalas lambaian kami. Aduhaiii. Teringatkan cerita mengenai kaum ini dan perkembangan mereka, saya terjeda seketika memikirkan masa depan mereka (",)

Kami menamatkan aktiviti petang kami kira-kira jam 5.30 petang. Pulang ke tempat penginapan untuk berehat dan bersedia untuk BBQ malam nanti :)


Closing ceremony by Brother Iz. Sangat touching dengan usaha Brother yang cuba untuk bersama kami dalam program. Datang hari Jumaat, balik awal pagi Sabtu untuk urusan di PJ, dan petang Sabtu tu datang balik ke Kuala Tahan. Ohhh! TERHARU :')


Then, BBQ time! Terima kasih abang kakak yang menahan sabar dan berpanas wajah demi memasakkan ayam, daging dan sosej untuk kita semua nikmati. Jazakumullahu kher :)

Hari Ahad, hari untuk balik. Lepas sarapan, ada community service sikit, bersihkan Masjid Kuala Tahan. Kemudian, ada majlis anugerah dan balik. Tapi haruslah bergambar dulu sebelum balik! :)



Duta Taman Negara yang baru. KUNJUNGILAH TAMAN NEGARA :D


I don't know why, but I like this pic ^^

Akhir kata, banyak benda yang saya pelajari sepanjang 3 hari 2 malam di Kuala Tahan. Kecekapan mengendalikan program. Kesediaan untuk menjadi fleksibel dengan menukar plan program. Sentiasa bersedia dengan banyak plan, kerana kita hanya merancang, tetapi ALLAH menentukan.

Nilai-nilai lain banyak disumbang oleh kakak-kakak dan abang-abang. Saya cemburu tengok betapa akrabnya hubungan sesama mereka. Batch kami nanti boleh ke jadi serapat mereka. Malah kakak-kaak dan abang-abang pun tak lokek berkongsi ilmu dengan kami adik-adik. Membantu kami. Membimbing kami. Alhamdulillah ^^

Masa jungle trekking, no doubt, kuasa ALLAH sangat hebat. Setiap ciptaanNya, daripada sekecil-kecil makhluk, hinggalah ke sebesar-besarnya, semuanya ada fungsi dan keunikannya sendiri. Subhanallah. Masa rapid shooting, memang awesome! Ziarah orang asli tu memang menimbulkan keinsafan dalam jiwa. Bersyukurlah dilahirkan sebagai Melayu Islam, dan jangan hanya Islam pada nama. In fact, orang asli tu tak makan khinzir, walaupun benda tu tak haram pada mereka. Kita yang Islam ni pulak, benda yang haram tu la yang paling nak dicuba. Aiseh =.=' (contohnya : arak. Dah tahu arak tu haram, tapi yang tu jugakla yang nak diteguk -.-' )

Kami sampai di UIA lebih kurang jam 6 petang. Awal lagi, sempat lagi berehat ^^ Walaupun gembira sebab dah sampai, tapi sedih jugak, sebab ni program terakhir bersama seniors. Lepas ni depa dah masuk main camp dah. Ohhh :'(

Brothers and sisters, terima kasih atas pengalaman hebat yang dikongsi bersama. Selamat maju jaya! :)

Banyak benda yang kita boleh muhasabah, if only we back to Him. And nature, is one part of His greatest creatures!

Wallahu'alam. wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template