Saturday, April 28, 2012

لا اكراه في الدين, لكن ...

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.


256. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Topik untuk entri ini agak berat sikit ya, dan saya bercakap berdasarkan idea yang datang tak semena-mena ketika saya menghadiri kelas Religions In Malaysia (RIM) pada malam Jumaat baru-baru ini.

Madam ada menyebut tentang tiada paksaan dalam agama ni. Malah ayat ni antara ayat suci AQ yang popular. Bahkan pagi pengamal Ma'thurat, pasti sudah terlalu biasa dengan ayat ini.

لا هاكراه في الدين
Tiada paksaan dalam beragama.
Madam jelaskan, memang tiada paksaan dalam beragama. Setiap individu bebas untuk memilih mahu menganut  agama  mana yang dikehendaki. Setiap insan tidak dipaksa untuk menganut Islam. Tidak sama sekali! Bahkan Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ritual agama mereka, tanpa disekat oleh pemimpin Islam. Bebas.

Tapi bebas hanya dalam beragama. Beragama. Dalam memilih agama. MESTI diingat bahawa hanya dalam memilih agama. Penganut agama lain tidak dipaksa untuk hanya menganut Islam. Tapi harus diingat, apabila anda sudah memutuskan untuk memilih agama mana, hukumnya sudah menjadi WAJIB untuk anda mengikuti setiap undang-undang dalam agama tersebut. WAJIB ya.

Makanya, jika anda ISLAM, anda WAJIB untuk mengikuti setiap undang-undang dan tidak melangkaui garis panduan yang ditetapkan dalam Islam.

Justeru, jika anda tidak solat, tolong jangan katakan anda tidak pandai solat, tidak mampu solat. Kenapa? Kerana sebagai seorang Islam, anda wajib tahu bagaimana untuk solat, demi menunaikan kewajipan anda untuk solat. Tidak mampu? Islam itu syumul. Bukankah ALLAH telah anugerahkan rukhsah solat kepada kita tatkala kita tak mampu solat seperti biasa?

Adik kakak abang mak cik pak cik, jika anda tidak menutup aurat, tolonglah! Tolong jangan kata anda belum mendapat seru dan tiada paksaan dalam Islam untuk anda menutup aurat. Benar, Islam tidak memaksa anda menutup aurat. Tetapi, Islam mewajibkan. Kenapa? Kerana menutup aurat itu merupakan salah satu daripada undang-undang dalam Islam.

Analoginya mudah. Jika anda rakyat Malaysia, maka anda tertakluk di bawah undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Sebarang perbuatan melangkaui undang-undang, anda dikira bersalah.

Begitu juga jika anda Islam. Anda tertakluk pada undang-undang Islam. Sebarang perbuatan melangkaui undang-undang Islam, anda dikira berdosa. Mudah, bukan?

Sila fahami konsep 'La ikhroha fiddin' ini dengan sebaik-baiknya. Jangan main cakap sesuka hati, without knowing the real meaning and the hidden message behind the aayah. Dan jangan biarkan orang lain ikut fahaman salah anda.

There is no compulsion in religion. But when you are in the religion, you are obliged to adhere its law.

Konklusinya, Islam tidak memaksa anda untuk solat 5 waktu, puasa Ramadhan, menutup aurat, menjaga makan dan minum, mencari rezeki halal dan sebagainya. Tapi Islam mewajibkan anda mentaati undang-undang Islam, jika anda seorang Muslim. Agama lain juga akan mewajibkan penganutnya mengikuti undang-undang agama tersebut.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Betulkan saya jika saya salah :)

Wallahu'alam, wassalam.

rujukan sisi : http://anaktokimam.blogspot.com/2011/05/tiada-paksaan-dalam-agama.html

1 love letta(s):

Anonymous said...

buy cheap phentermine order phentermine online with prescription' - phentermine qt

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template