Friday, March 2, 2012

What Makes a Happy Family :)

Assalamualaikum wbt.

Pergh. Tajuk tak bleh blahh. Sangat ke-FAMILI-an :)


Alkisah, pada hari Isnin bersamaan dengan 27 Februari baru2 ni, telah diadakan sebuah talk yang dianjurkan oleh MEDCY Society of CFS IIUM. Panel-panelnya ialah Syeikh Abd Qadir Al Jofree dan Puan Nurul Iman Dzulkifly yang membicarakan tentang "What Makes a Happy Family" :)

Maka, atas beberapa sebab, berkunjunglah kami 3 bersaudari ke Lecture Hall A. Majlis start pukul 8.30, tapi 8.15 lagi dah gerak. Demi mendapatkan tempat :) Seperti yang dijangkakan, LHA masih kosong. Justeru, bolehlah saya, Salwaniey dan Sabriena gedik mengada-ngada memilih tempat.

Masa bergerak, dan LHA semakin dipenuhi orang. Majlis dimulakan agak lewat. Kecewa sedikit, kerana benar-benar memakan waktu. MEDCY, mungkin boleh perbaiki isu ni untuk program-program selepas ini. 


Jam 9 lebih, panel-panel tiba dan bermulalah sesi ceramah.


Menurut Syeikh Abd Qadir, oleh kerana kami masih lagi di peringkat usia tidak sesuai untuk berkahwin (18-19), maka kurang sesuai jika mahu membicarakan tentang hal pasang-berpasangan. Maka beliau lebih menumpukan kepada soal anak dan ibu bapa. Kak Nurul Iman juga begitu, tidak lokek berkongsi ilmu tentang sejarah keluarganya sendiri.

Kesimpulan daripada ceramah ini, agama adalah asas terpenting kepada terbinanya sesebuah keluarga. Berpeganglah kepada tinggalan Rasulullah SAW yakni Al Quran dan Sunnah, insya ALLAH sempurna hidup 'ala kulli haal :)

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template