Thursday, March 15, 2012

Utamakan yang aula :)

assalamualaikum wbt.

Masih di library, menyelusuri laman-laman yang diberi Encik Google, yang berkaitan tentang Common Law Based Malaysian Civil System.

Perancangannya, kalau kelas Legal System esok tiada apa-apa presentation, saya sudah cabut ke Hentian Putra, menunggu bas untuk pulang ke Kelantan. Surat kebenaran oleh fellow untuk pulang awal sudah di tangan, malah surat alasan untuk lecturers bagi kelas-kelas esok sudah dicetak. Tinggal beri saja.

Tapi, manusia hanya mampu merancang.

Tetiba saja Madam berikan task untuk kami. Buat research hari ni dan presentkan esok. Maka, adalah wajib untuk saya present pada esok hari. Tidak boleh ponteng, tidak boleh cabut. Harus kekal di sini. Menghabiskan hujung minggu di sini, di saat abang kakak berada di kampung.

Kenapa beria sangat nak balik?

Kerana saya rindu. Saya rindu pada emak dan ayah. saya rindu pada abang dan kakak. Saya rindu pada Iqbal, Ikmal dan Irham. Saya rindu pada suasana kami berkumpul ramai-ramai dan bercuti. Saya rasa rugi jika saya tidak turut serta dalam percutian ini.

Tapi saya tidaklah berharap sangat. Sebelum ke kelas Legal System tadi, berkali-kali saya katakan pada hati, bersedia dengan apa jua kemungkinan. Dan apa yang ALLAH tetapkan, pasti yang terbaik. Cuma tinggal, YAKIN DENGAN DIA.

Bayangan kegembiraan bercuti bersama keluarga di Tok Bali, saya hapuskan segera. Insya ALLAH, jika dipanjangkan umur, masih akan ada masa kami berkumpul dan bercuti bersama-sama. Moga ALLAH izinkan.

Jadi, haruslah utamakan yang aula, bukan? :)

Makanya, perancangan hujung minggu ini perlu ditukar. Instead of spending time with family, I still have my buddies here, right? Mungkin sudah tiba masanya kami buat rombongan bilik ke Jalan TAR, menghabiskan voucher buku yang berbaki sekeping dua. Mungkin sudah tiba masanya kami buat jamuan bilik dengan mendail talian Domino's. Mungkin cerita-cerita Korea harus ditonton. Biarlah saya larut dalam lautan keseronokan ciptaan, jika tak mampu menikmati keseronokan di dunia realiti =.=' *uiks, bunyinya sangat pathetic!

ALLAH tahu yang terbaik, kan? :)

Tenanglah hati.
Damailah jiwa.
Amanlah minda.
Amiin.

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template