Saturday, February 11, 2012

Mawar.



Mawar nan indah
Mendamaikan segala gundah
Menenangkan segala resah
Menghapuskan segala gelisah.

Mawar nan merah
Mempunyai pelbagai faedah
Melembutkan hati yang amarah
Menyingkirkan gelap menaikkan cerah

Mawar nan ceria
Jadilah kamu yang setia
Menghapus duka memberi cinta
Menyusur jalan kepada Yang Esa

Bukankah mawar itu perhiasan dunia?
Dan bukankah seindah-indah perhiasan dunia itu ialah wanita solehah?

Ayuh,
jadi mawar!
Yang tetap bersinar meskipun gelap.
Yang tetap menyerlap dalam malap.
Yang hebat.
Yang kuat.
Yang sabar.
Yang tabah.
Yang indah...




0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template