Tuesday, January 24, 2012

(Review) : Cinta Perisa Dia

Assalamualaikum wbt.


Ini merupakan novel keenam Kak Lynn Dayana (LD) yang saya baca. Ye, saya baca semua novel beliau dan merupakan seorang penyokong tegar LD. *bangga lettew :D

Cerita berkisarkan Hadif Imran dan Ayumi. Ayumi. Nama Jepun, muka Jawa. Kenapa Ayumi? Bukan Ayuni? Hanya LD ada jawapannya. Cumanya, nilai klise dapat dielakkan dengan wujudnya nama Ayumi ni. Selalu dengar Ayuni kan... Jadi, bila wujudnya nama Ayumi, uniknya seorang heroin itu telah pun ditonjolkan.

Secara ringkasnya, Hadif Imran seorang penyanyi terkenal namun belum berkahwin walaupun sudah berusia 35 tahun, terpaksa mengikut rentak bondanya yang bertindak mencari menantu dengan mewujudkan satu rancangan realiti. Ayumi merupakan salah seorang peserta dan hanya sampai ke tahap Top Three sahaja, sebelum tersingkir. Kalau Ayumi menang, kemudian Hadif kahwin dengan Ayumi, takde thrill lah, kan? Pemenangnya adalah orang lain, tapi tetap 'terkahwin' dengan Ayumi. Bagaimana? Uiks, bacalah sendiri! :D

Hadif Imran, sama seperti hero-hero LD yang lain. Mempunya nilai kemanisan dalam diri yang sangat tinggi, hingga boleh membunuh! Heheh :D Cuma, babak percintaan antara Ayumi dan Hadif berlangsung agak lambat apabila hanya di suku terakhir cerita, kisah cinta manis mereka bermula. Sebelum tu, LD mengupas dengan agak panjang cerita tentang Hadif Imran, bondanya dan program realiti cari menantu itu. Selain kisah cinta Hadif-Ayumi, turut diselitkan kisah Diana-Fiqri. Diana merupakan sepupu Hadif, manakala Fiqri pula merupakan kawan baik Hadif. Lovestory depa dua orang ni pun xkurang comelnya :D

Cuma, saya terkeliru sikit dengan info di halaman 141, yang mana bonda Hadif meminta tujuh saksi apabila Hadif dituduh mempunyai hubungan songsang dengan Fiqri. Setahu sayalah, saksi zina merupakan empat orang lelaki Muslim yang adil, bukannya 7 orang sebagaimana yang dinyatakan. Atau, adakah hukum berubah apabila penzinanya kedua-dua lelaki, bukan lelaki dan perempuan? Timbul persoalan di situ. *Sila rujuk pakar atau buat rujukan untuk jawapan sohih. I'm working on it.

Last but not least, bukan novel Lynn Dayana namanya kalau takde unsur-unsur saspens. Akhir setiap tajuk dan permulaan tajuk seterusnya tidak disambung secara jelas. Justeru, apa yang berlaku di akhir tajuk 1, tidak akan diceritakan secara langsung di tajuk 2. Tapi akan dijelaskan menggunakan teknik imbas kembali atau intermonolog. Ini memang akan menimbulkan rasa ingin tahu pembaca ke atas apa yang terjadi pada babak berikutnya.

LD jugak tidak lupa menyisipkan adegan ganas dalam novel beliau kali ini. Cuma skala ganasnya tidaklah sehebat ganas dalam novel-novel sebelumnya seperti Tarikh Luput Cinta dan Cinta Edisi Terhad. Ganas di sini saya maksudkan ialah ada adegan aksi :D *Harus maklum bahawa Maryam Kamal merupakan seorang yang lembut. Maka, babak yang 'kasar sikit' akan segera diklasifikasikan sebagai ganas, walaupun ianya sebenarnya takdela GANAS mana pun :D

Adegan ganas yang dimaksudkan ialah apabila Ayumi diculik oleh adiknya sendiri dengan kerjasama Rashidi, insan yang cintanya ditolak Ayumi. Penculikan ini menyebabkan tiga nyawa terkorban dan menyaksikan penyatuan kembali Ayumi dan ayahnya.

Saya juga ingin memuji keberanian LD yang berani menggunakan nama yang terkenal dalam Cinta Perasa Dia ini. Contohnya Fara Fauzana, Faizal Ismail, Kiran, Suraya, Che Selebriti Norzailina Nordin, tak lupa juga TV9, Celcom dan Astro. Biasanya, penulis hanya akan menggunakan gelaran yang umum seperti DJ radio, syarikat telekomunikasi, dan syarikat penyiaran televisyen. Dan saya rasa keberanian ini harus diberikan pujian. Tak ramai yang berani kata,

 "Atau mungkin seperti siaran berbayar Astro ketika hujan. Total blank." (halaman 154)

Secara keseluruhannya, saya percaya LD mampu menghasilkan novel yang lebih hebat pada masa hadapan. Jalan cerita yang tidak klise, harus diberikan pujian. Namun secara peribadinya, saya rasa naskhah LD kali ini agak biasa-biasa saja. Mungkin LD nak simpan bakatnya yang masih tidak digunakan untuk menghasilkan novel yang lebih hits. Atau mungkin fokus LD terpecah kepada beberapa bahagian. Untuk makluman, LD kini juga sudah dan sedang menghasilkan novel remaja. Sila ke FB beliau untuk info lanjut.

But still, kepada anda yang mencari bahan bacaan ringan yang kelakar, tapi sarat dengan unsur kasih sayang sama rata yang ditunjukkan Bonda kepada anak kandungnya (Hadif) dan juga anak-anak angkatnya di Rumah Amal Murni, juga ada unsur sedih, saspens dan manis, Cinta Perisa Dia is a good choice :)

Kepada Kak LD (andai sudi membaca di belog merapu ni :D) , semoga terus dikurniakan ilham dan idea untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan hebat pada masa hadapan. Jangan persiakan bakat dan kekuatan yang ada. You have both. Bakat dan kekuatan. Maka, jangan sia-siakan. Menulislah untuk ummah! Semoga sentiasa diberikan ruang dan situasi yang sesuai untuk menulis. All the best! :)

Maaf andai ada info dan kenyataan yang tidak sesuai atau dirasakan tidak tepat. Jujurnya, ini hanya pandangan peribadi. Semoga ini tidak mempengaruhi sebarang fikiran.

Selamat membaca.

Wallahu'alam!

p/s : Kak Lynn, si Ayumi tu ijazah dalam bidang apa? Undang-undang dari UIA, ke? :D

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template