Sunday, December 25, 2011

Ada berani?

Bismillahirrahmanirrahim.


Ni merupakan petikan daripada laman FB saya.

Doa ini saya baca berkali-kali. Kali pertama baca, sungguh saya tersentuh dengan keteguhan dan kekukuhan iman seorang pencinta ALLAH.

Tapi bila baca banyak-banyak kali, saya rasa saya temui sesuatu yang boleh kita sama-sama aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

Memetik kembali doa hikmat Rabi'atul Adawiyah (RA) :

"Tuhanku, kalau aku beribadat kerana syurgamu, haramkan aku memasukinya dan jika aku beribadat kerana takutkan nerakamu, humbankan aku ke dalamnya." - Doa Rabi'atul Adawiyyah.

Dalam erti kata lain, RA mahu ALLAH menerima ibadah beliau kerana beliau beribadah benar-benar kerana ALLAH, bukan kerana mahukan ganjaran, meskipun memang ganjaran itulah yang ALLAH janjikan pada hamba-hambaNya yang taat pada suruhanNya.

Aplikasikan dalam kehidupan kita.

Langkah pertama, ada berani doa macam dia? I mean, secara generalnya, kita berdoa macam RA, yakni berdoa pada ALLAH supaya tidak masukkan kita ke syurga jika kita beribadah kerana syurga, dan masukkan kita ke neraka jika kita beribadah kerana takutkan nerakaNya.

Jujur, saya tak berani! Kerana bila baca doa ini, barulah saya sedar bahawa kebanyakan amalan yang saya lakukan selama ini, kerana mahukan ganjaranNya. Jauh bertentangan dengan RA yang menyembah ALLAH hanya kerana ALLAH, bukan ganjaranNya.

Astaghfirullah.

Langkah kedua, tukar sedikit situasinya. Yakni, situasi kita seharian. Sebagai contoh, situasi saya sebagai seorang pelajar.

Benarkah selama ini saya belajar semata-mata mahu mengejar ilmuNya, bukan kerana mahu gred yang bagus? Juga bukan kerana mahu menjaga CGPA?

Saya terfikir soal ini selepas mendapat markah mid sem dan carry mark untuk semester kedua ini. Dan bila saya soal diri sendiri, saya buntu. Saya niatkan di hati mahu belajar keranaNya, namun hati saya masih gusar memikirkan CGPA yang akan jatuh jika gred saya di semester dua kurang bagus. Aduh! Saya belum benar-benar ikhlas belajar kerana ALLAH, nampaknya.

Justeru, konklusinya di sini, saya mengaku, saya tidak berani berdoa seperti RA. Ya, saya penakut.

Anda bagaimana? Ada berani?

Tepuk dada, tanya iman.
Benarkah segala yang kita lakukan di bumiNya ini, benar-benar ikhlas dan jujur keranaNya?

Semoga kita menjadi lebih baik pada masa mendatang, amin.

Wallahu'alam, wassalam.

1 love letta(s):

..greenzfa.. said...

..aku pun tak berani..huhu..aq bace bku dy pun dah rase kagum..huhu..rasa amalan sekecik kuman jer..huhu

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template