Saturday, October 1, 2011

Sesat.

Assalamualaikum wbt.

Yesterday was a tiring day. Spending whole day in Mid Valley, I think I need new legs. =.='


Budak-budak yang tak boleh terima hakikat cuba untuk memanipulasikan kenyataan pada mesin. Nampaknya mereka gembira dengn 20 sen yang dilaburkan pada mesin tersebut, apabila mesin itu menyatakan apa yang mereka mahukan :D


Sabriena, Salwaniey dan Syahiira sedang mengorek syiling 20 sen dalam beg masing-masing. Usaha keras mereka berbaloi apabila mesin itu menyatakan berat badan mereka dah turun :D Mesin tu tipu kot. Atau saja nak ambil hati :)

Kemudian, makan :)


Apabila dah nak meninggalkan bumi PJ ni, mula berlagak tak nak makan makanan local. Beria semua nak makan sizzling :D

Ohh, perkenalkan. Yang kanan sekali tu, Aisya. Classmate Sabriena, and was my schoolmate at MMP :)


Lepas makan, serang panggung. Tengok movie BBG ;)


Syahiira dah macam nak merampas takhta Intan Ladyana, memang tak nampak gambar Intan lepas kena cover ngan Syahiira. Cubaan Sabriena untuk menutup figure Norliana Shamsuddin gagal, meskipun berpakaian rona sama, namun ketinggian belum cukup :P


Menggedik dalam pawagam :D

Lepas tu, kami serbu MPH. Bertapa di situ beberapa jam, lalu ke Carrefour. Beli barang sikit, dan pesan pizza untuk di-take away-kan. Sementara tunggu, jumpa akak ex-law UIA :)


Ops. Bukan yang tudung hitam ni, tp akak yang tengah dukung baby dan berkaca mata di sebelah sana tuuu :)


Dah kahwin dan ada dua orang anak yang comel. Ohh. Sabar Maryam, masamu akan tiba jua ;)

Lepas ambil piza, kami balik. Namun, tak semudah yang disangka. Sesat dalam Mid for about 15 minutes. Ke hulur ke hilir mencari jalan keluar, tapi tak jumpa. Rupanya hanya terselindung di sebalik kotak renovation Butik Girls yang besar gedabak. Cis =.='

Nampaknya kena lebih kerap ke sini, membiasakan diri :D

Waktu balik, tak larat nak buat apa dah. Hanya berdaya nak berjalan dan bernafas je. Bercakap pun tidak.

End of the day. Kami celebrate last day di CFS untuk sem ni dengan bahagia :)

Semoga ketemu lagi, roomies ;)

Wallahu'alam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template