Wednesday, October 12, 2011

Presentation.

Bismillahirrahmanirrahim.

4 bulan bergelar mahasiswa universiti, diri ini tak lari daripada membuat prentation di hadapan teman-teman sekelas dan pensyarah, demi memenuhi tuntutan silibus dan untuk mendapatkan markah extra yang dikenali sebagai carry mark.

Bila nak buat presentation ni, hati kemain berdebar. Jantung berdenyut lebih masa! Darah mengalir laju. Kenapa? Macam-macam persoalan bermain di fikiran. Macam mana kalau tersasul? Macam mana kalau tersalah sebut? Macam mana kalau tersalah fakta? Macam mana kalau orang tak faham? Macam mana kalau orang gelakkan kita? Argh, macam mana???!

Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, persiapan rapi hendaklah dilakukan. Fahami betul-betul apa yang hendak disampaikan pada teman-teman. Susun ayat elok-elok dan cantik-cantik, supaya mereka faham dan mengerti mesejnya. Belajar menyebut frasa-frasa dengan tepat dan fahami frasa-frasa tersebut.

Untuk kelihatan lebih menarik, masa hari presentation tu, pakailah pakaian yang cantik dan attractive, jadi bolehlah menjadi faktor untuk mata-mata penonton melekat pada presenter ni, kan? Selain tu, presenter juga kena fokus dengan apa yang akan dipersembahkan, supaya nanti tak terkeluar atau salah topik.

Sama konsepnya macam solat. Tapi kenapa aplikasi kita berbeza?

Kita solat, maksudnya kita menghadap Tuhan, ALLAH Azza Wa Jalla. Kita mempersembahkan diri kita kepadaNya. Maka, hendaklah kita berada dalam keadaan suci dan bersih. Mula-mula sekali mestilah diri sendiri. Yang kedua, pakaian dan uniform solat. Tak perlu baru. Cukuplah ianya bebas daripada najis. Dalam erti kata lain, bersih.

Selain tu, berapa ramai antara kita bersedia sebetulnya untuk membuat presentation di hadapan ALLAH? Bacaan kita, bagaimana? Kalau lancar sekalipun, makhrajnya tepatkah? Bersesuaiankah dengan maksud? Dan berapa ramai antara kita yang benar-benar faham kesemua bacaan dalam solat,  bermula daripada takbiratul ihram hingga salam? Berapa ramai antara kita yang benar-benar khusyuk memberikan persembahan kepada ALLAH?

Dalam prsentation dunia, kita sibuk berkelakuan sopan supaya dapat markah lebih pada attitude. Tapi, attitude kita masa presentation di hadapan ALLAH? Malah ALLAH begitu berbaik hati membenarkan kita bergerak tiga kali dalam solat, meskipun kita selayaknya tidak sepatutnya bergerak langsung ketika menghadapnya. Tapi kita dibenarkan bergerak, contohnya untuk tujuan menggaru, merapatkan saf dan sebagainya.

Tapi rasanyalahkan, kalau masa presentation dunia, kalau rasa gatal kat mana-mana, sanggup tahan sebab tak nak nampak tergaru-garu depan lecturer. Aduyaii.

Macam ni lah... Kita jaga hak ALLAH, ALLAH jaga kita, insya ALLAH.


Sekejap lagi presentation Asar, maka, jom buat persiapan! :)

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template