Saturday, October 1, 2011

Kosong.

Assalamualaikum.

1 Oct 2011. Insya ALLAH, akan kembali ke kampung halaman. Barang-barang yang maha banyak, transit dulu di rumah baru Kak Tie. Auww. Rumah baru youuuuu ;)

Meninggalkan KC 901 kosong, hati syahdu sekejap. 4 bulan bertapa di sini. Menjadi tempat bermastautin, kenal kawan-kawan, kakak-kakak senior, berlindung daripada hujan panas ribut kilat, tempat makan dan solat, tempat tidur dan rehat, dan tempat pertama di CFS... saya akan rindukan 901 ini!


Sabriena, sebagai penduduk paling dekat, balik Jumaat malam lagi. Baki yang lain, balik tengah hari Sabtu. Waniey balik dulu, selepas memenuhkan MyVi Ayah Ja beliau dengan barang yang berbagai :D Diikuti Syahiira yang membuli adiknya mengangkat barang ke kereta yang emaknya pandu dari Temerloh ke PJ. Dan Maryam mengangkat barang dari lobi ke kereta sorang-sorang, tak nak susahkan Kak Tie yang sudi menjemput. Ececece ;)


These were half of my stuffs. Yang tak nampak dalam gambar adalah seperti berikut :
  • luggages - 2
  • plastics - 3
  • kotak - 1
  • baldi - 1
  • bakul kain - 1
Takdela banyak sangat kan :)

Sebagai orang yang terakhir meninggalkan 901, maka sayalah yang terakhir menyaksikan 901 kosong sekosong-kosongnya. Tanpa barang, tanpa orang... Sobs :'(




Bilik ni istimewa sebab ada karpet. Maybe the only one in this KC. Perhaps ZC as well. Bilik lain takde karpet derrr :) Walaupun tingkat 9, takpela. Memberi pengalaman kepada kami, penduduk 901 meng-exercise-kan badan dengan naik tangga (sekali sehari pada bulan pertama) .

Semoga mendapat pemilik yang lebih baik pada sem depan, insya ALLAH.

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template