Tuesday, October 4, 2011

Cerita kekasih hati nombor 2.

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak berkongsi cerita tentang kekasih hati saya, kan? Auww! Ni kekasih hati nombor 2 ;)

Saya ada sebut tak sebelum ni bahawa Aytuk saya, merangkap kekasih hati nombor 2 saya ni, kurang sihat sebulan dua kebelakangan ni? Kalau tidak, maaf ye. Mungkin kekangan masa semenjak bergelar mahasiswi. *ececececece ;)

Pulang ke kampung, saya mampu menjenguk Aytuk yang semakin beransur pulih setiap hari. Sama seperti hari-hari sebelum ini, petang tadi, saya dan ayah menjenguk Aytuk sekeluarga. Jarak rumah kami dekat saja.

*selingan : saya tak pernah merasa frasa 'balik kampung' sehinggalah ketika pulang beraya baru-baru ini dari PJ, sebab kampung datuk nenek saya, baik belah ayah mahu pun emak, kedua-duanya berdekatan. Perjalanan cuma mengambil masa 15 minit paling lama. Jadi, tak terasa sangat feel balik kampung. Oke, dah. *

Sampai-sampai, dah maghrib. Ayah terus menuju ke masjid berdekatan. Aytuk pula tetap menjalankan kewajipan beliau, meskipun hanya mampu solat di kerusi. Mek berbual seketika dengan cucunya yang menjadi kerinduan ini. *cucu-cuci lain, sila jeles :P

Selesai solat, Aytuk datang menyertai kami. Beberapa ketika, mek meninggalkan kami untuk solat. Sementara menunggu mek selesai menunaikan solat untuk saya guna telekungnya, saya berbual dengan kekasih hati nombor 2 ini. Auwww! Berdua-duaan you!! ;)

Aytuk menjamah-jamah kopiah yang menghuni di dahinya. Menurutnya, dia selesa dengan kopiah itu. Hanya kopiah itu satu-satunya yang paling selesa baginya. Saya lalu bertanya, siapa yang menghadiahi kopiah itu kepada beliau, lalu bermulalah cerita susur galur kekasih hati nombor 2 ini :)

Menurut Aytuk, kopiah itu pemberian salah seorang daripada cucu saudaranya. Beliau lantas menyebut beberapa nama (izinkan saya menyebut nama-nama tersebut. Sebagai tanda ingatan masa hadapan) . Kopiah itu buah tangan dari Mekah daripada anak kepada anak saudaranya yang bernama Halimah. Halimah anak kepada Che Som. Anak-anak Che Som yang lain ialah Mariam, Jizah dan Ghofar. Che Som tu, adik beradik Aytuk.

Saya agak terkejut, kerana setahu saya, Aytuk hanya ada 3 beradik yang saya rasa tiada yang bernama Che Som.


Saya : Aytuk ado brapo oghe adik beradik sbena?


Aytuk : Ne (enam) . Bedah Sepeing, Jusoh, Che Som, Pak Do...

Aytuk berhenti. Saya menanti satu lagi nama, sementelah beliau telah menyebut empat adik-beradiknya.

Saya : Soghe lagi?


Aytuk : Tahu, x ingat doh.

Saya tersenyum, sedikit hiba. Kekasih hati nombor 2 saya lupa :(

Saya : Sapo sulung?


Aytuk : Pak Do, Bidah Sepeing..

Aytuk terjeda lagi.

Aytuk : Eh, dop eh. Bidah sulung, Pak Do nombor dua. Jusoh nombor tiga. Che Som nombor 4. 

Saya mengerti sendiri. Dia lupa adik beradiknya yang kelima, sementelah Aytuk saya anak bongsu.


Saya : Rama ka'loh deh adik beradik Aytuk. Seibu sebapok ko blako neh?


Aytuk : Ho lah.


Saya : Nama sbena Pak Do tu ggapo? Bakpo panggil Pak Do? 


Aytuk : Nama sbena dio, Che Amat. Pak Do tu gelaran hok kito wi ko oghe atas-atas. Mace Kak We la. 

Saya tersenyum. Saya kerling Kak We Che Bidah (mek) yang sedang solat tidak jauh daripada kami.

Saya : Mujo ore panggil Aytuk ni, Pok Su Mezoh. Kalu ore panggil Abe We Joh, supo ore panggil mek tu, Kak We Che Bidoh, xko nayo? Abe We, Abe We...

Saya sedikit mengejek. Dan suatu irama merdu beralun di telinga. Aytuk tertawa riang. Ohh. Kekasih hati nombor 2 saya itu kacak sekali ketika itu!!


Saya : Ghama deh waris Aytuk sinihh?


Aytuk : Ghama...! Rumah rapat ko jale alek atas sikit rumoh abah mung tuh, rumah anak cucu cicit sedara aku la blako tu..

Selepas itu, Aytuk menunjukkan gambar Baitillah yang tergantung di dinding rumah. Dia bercerita pula pengalaman ketika ke Mekah dan sebagainya. Seketika kemudian, kekasih hati nombor satu saya merangkap ayah tercinta pulang dari masjid, sekaligus menamatkan perbualan kami berdua.

Meski sekejap, saya puas hati kerana mampu buat Aytuk ketawa. Beliau gembira dan terhibur, itu yang penting.

***

Dalam kereta, ketika dalam perjalanan pulang, saya menceritakan perbualan saya dengan kekasih hati nombor 2 kepada kekasih hati nombor 1. Ayah tersenyum. Saya tumpang senang.

Ayah : Adik beradik Halimah mano ado jatey. Tino blako. Jizah tu, mati mudo. Mariam tu, buke Mariam namo dio. Siti Muyam. Tok tahu dok mano lonih. Halimah la hok ado nyo. Ghofar tu anok Halimah, buke adik beradik dio. 

Saya tergelak mendengarkan penjelasan ayah tentang sepupu-sepupunya. Menurut Aytuk, Ghofar adik beradik Halimah, namun ayah menjelaskan bahawa Ghofar itu anak Halimah. Namun, bila mengenangkan penyakit lupa yang sudah berani menyerang kekasih hati nombor 2 saya, saya terasa hiba. Adakah mungkin suatu hari nanti Aytuk juga akan lupakan saya? :'(

Seronok sebenarnya mendengar cerita zaman-zaman dahulu. Ayah sudahpun memebri beberapa topik perbualan yang sesuai untuk saya bualkan bersama kekasih hati nombor 2 saya pada masa akan datang. Sporting kan, kekasih hati nombor 1 saya? ;)

Untuk kekasih hati nombor 2,

This was 2 years ago. But trust me, he still as handsome as in the pic :)

Semoga beransur pulih.
Semoga mendapat selera makan.
Semoga diberi kekuatan untuk terus berkongsi cerita dengan adik.

나는 할아버지, 사랑한다.

Wallahu'alam.


p/s : Tulisan Korea itu jelas menunjukkan virus Korea yang sedang menular dalam diri MJ. Ohh tidakkk! Entah betul atau tidak Encik Google translate, but what I mean is, I love u, grandpa :)

2 love letta(s):

Taqiah Aziz said...

it's touching ;D

Maryam Kamal said...

ololo. jangan la nangisss :)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template