Saturday, October 15, 2011

Cerita Aytuk (.".)

Bismillahirrahmanirrahim.

 Assalamualaikum wbt.

Jumaat, jam 8.15 malam. Usai solat Isyak bersama mak dan ayah, saya dan ayah bersiap-siap untuk makan malam. Kami juga menantikan siaran langsung perlawanan timbal balik Piala Malaysia antara Kelantan dan Terengganu peringkat suku akhir.

Panggilan daripada Mek mendebarkan hati. Kata Mek, Aytuk tidak sedarkan diri. Boleh bergerak, namun bila dipanggil, tidak dijawab. Saya mulai risau. Saya gesa ayah makan cepat-cepat. Kemudian, kira-kira sejam kemudian, kami ke rumah Mek.

Masih berdebar. Dalam keadaan kesihatan Aytuk yang tidak begitu menggalakkan, bermacam kemungkinan boleh terjadi. Seperti yang Mek katakan, Aytuk tidak sedarkan diri. Seolah bukan dirinya yang bergerak, berpaling ke kiri ke kanan. Saya, Ayah dan Mek bersama-sama membaca ayat-ayat lazim dan zikrullah, dengan harapan 'makhluk yang mengganggu' tidak mengambil kesempatan atas kelemahan fizikal dan mental Aytuk.

Abah, yakni bapa saudara sulung saya dipanggil. Beliau datang dan terus menelefon Doktor Rafik. Debar masih tak hilang. Jam hampir menunjukkan 10 malam, dan menunggu untuk doktor tiba pasti mengambil masa paling kurang sejam.

Aytuk masih begitu. Dipanggil, tidak menyahut. Namun beliau boleh bergerak, berpaling ke sana sini, tangannya tergawang ke sana ke mari, dan bila digenggam, ada masanya genggaman tangannya menjadi kuat. Saya makin risau. Kenapa sebenarnya dengan kekasih hati nombor 2 ini?

Sementara menunggu doktor tiba, Ayah Sir dan Che sampai. Lega sedikit hati. Sekurang-kurangnya ramai orang bersama-sama Aytuk, jika terjadi apa-apa.

Doktor tiba. Namun sepanjang menanti ketibaan doktor, hati bagaikan gendang, dipalu debaran yang tak sudah. Aytuk sudah mulai bersuara, namun tak tentu butir bicaranya. Tidak difahami. Seolah meracau. Mek pula kalut mahu menaburkan beras kunyit, mahu menghalau iblis syaitan katanya. Haish, apabila agama dan adat bercampur =.='

Doktor Rafiq segera membuat ujian gula dalam darah, dan mengejutkan kandungan gula dalam darah Aytuk begitu rendah. 2.2 ! Normalnya ialah 6 atau 7. Doktor Rafiq menggesa Abah, Ayah dan Ayah Sir supaya segera membawa Aytuk ke hospital untuk disuntik bekalan 50% glucose. Bukan enggan, namun Aytuk sebenarnya terlalu gagah dan perkasa untuk diangkat masuk ke dalam kereta. Apatah lagi, Aytuk mula bertindak sedikit agresif apabila mulai meraung dan kaki serta tangannya tidak duduk diam. Abah memutuskan untuk memanggil ambulans.

Setengah jam kemudian, ambulans tiba. Paras gula Aytuk sudah turun ke 1.6 . Sangat bahaya! Segera glukosa disuntik ke tubuh beliau, dan tidak sampai dua minit, Aytuk saya mulai sedar. Namun, proses menyuntik beliau bukanlah mudah. Saya, ayah dan Doktor Rafiq terpaksa memegang anggota badannya daripada menggelupur. Abah dan Ayah Sir menguruskan laluan untuk dilalui oleh stretcher yang akan mengangkat Aytuk ke dalam ambulans.

Jam 11.30 malam ++, Aytuk mulai sedar. Dia mulai mengucap kalimah syahadah sendiri tanpa diajar. Dia kemudian memandang saya, dan bertanya :

Aytuk : Sapo neh?

Saya  : Adik. *tersenyum pahit.

Aytuk : Maryam?

Saya : *hanya mampu mengangguk. Aytuk ingat nama saya, sudah cukup menggembirakan!

Aytuk : Ajar aytuk ngucap getek, adik deh...

Suara Aytuk sedikit sayu. Saya hanya mampu mengangguk. Enggan menangis lagi, apatah lagi di hadapan Aytuk. Cukuplah Aytuk saya sedar.

Aytuk diangkat ke dalam ambulans dan dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (used to know as Hospital Lati) . Jam 12.15 malam, Aytuk sudah selamat berbaring di Bilik Kecemasan HPM.









 Ayah Sir naik ambulans bersama Aytuk, dan saya serta Ayah ke Lati menaiki Kancil DAT saya yang perkasa itu ;)

Dan akhirnya, Aytuk terpaksa ditahan di dalam wad. Wad Nilam, katil nombor 16 :)







 Mek setia menemani kekasih hatinya ^^

*kapsyen gambar : Mek sedang menyuapkan pulut kepada Aytuk. Jeles? Taklah. Er, sikit je la ;)

Semoga Aytuk cepat sihat. Jangan duduk dalam wad lama-lama, kesian Mek kena jalan jauh kalau nak pergi teman Aytuk (",)


Syafakallah, Aytuk sayang.

Wallahu'alam, wassalam.


3 love letta(s):

Madiey Kamal said...

la...xpe r dik...mntk2 la adik cpt smbuh n kuar wad k...kkak dh prnh lalui situasi g2 dlu...msa 2 mmg kalut pn..skrg ni mngkin turn adik lak jga aytuk...mngkin tuhan bg adik demam 2 suh adik blik jga aytuk kot...

Maryam Kamal said...

bakpo adik pulak cepat smbuh n kuar wad? =.='

Madiey Kamal said...

ehhhh silap2x...aytuk la..bkn adik...:-P

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template