Wednesday, October 12, 2011

901's Hikayat.

Assalamualaikum wbt.


Salwaniey Abdullah meluahkan perasaan di Facebook. Dia membuatkan saya teringat kembali momen-momen manis ketika menjadi penghuni 901.

Korang,
aku dah lupa bila last time aku jadi Imam, tapi aku takkan lupa last time aku berimamkan Sabriena :)

Aku dah lupa bila last time kita baca Al-Mulk sama-sama, tapi alhamdulillah, walaupun baca asing-asing, at least kita baca.

Aku dah lupa bila last time kita makan jemaah sama-sama dalam bilik macam waktu berbuka, tapi at least kita tak pernah makan sorang-sorang. Mesti berteman :)

Aku dah lupa bila last date kita berempat dekat Ali B, tapi aku takkan lupa last date kita semua dekat ZC.





Hari tu laa kita pergi serang bilik Tipah dan copy cerita Korea yang berkoyan-koyan, kan?

Aku dah lupa bila last time aku kemas bilik, tapi rasanya kalau aku kemas, tak sehebat Wani yang sanggup lap cermin atau Syaera yang sanggup panjat tembok untuk bersihkan kipas :)

Aku dah lupa bila last time kita beriadah petang-petang, tapi kita main badminton sama-sama sekali je kan, Brien dan Syaera? Dan tu lah first and last time Wani jadi cheerleader ! ;D

Aku dah lupa bila last time kita pegi pasar malam sama-sama, tapi aku takkan lupa hari Selasa kedua last, yang mana banyak sangat fried mushroom untuk dihabiskan. Tengs for AG sebab belikan mushroom goreng banyak banyak!

Dah banyak benda aku lupa, tapi aku takkan lupakan korang. Yang tu jangan risau.

Wani, get ready untuk jadi imamah tetap bilik baru kita masa sem 3 nanti.

Syaera, ready nak panjat meja untuk bersihkan kipas bilik baru nanti :)

Brien, boleh dah start berlatih baca doa. Nanti jadi imamah (kot-kot kalau Wani cuti kecemasan), takde la terkuit-kuit orang belakang suh bacakan doa. Baca je dalam bahasa apa pun, even Urdu, jangan risau, ALLAH faham ;)

Dan Maryam, ready untuk tidur di katil atas pulak. ngeh3

Jangan risau, aku rindu korang jugak ^^

Wallahu'alam, wasslam.

p/s : Tak nak pindah katil boley tak? Nak stay katil bawah jugak. Boleh x boleh x? Boleh la... Kan kan kan! :D

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template