Wednesday, August 31, 2011

semuanya dalam pengetahuanNya ^^

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru selesai 'membedah' fail-fail album yang sudah agak lama. Lama ; maksudnya lebih 2-3 bulan lepas :D Terjumpa beberapa keping foto yang mengembalikan ingatan ke zaman itu. Zaman 2-3 bulan lalu.




  Ayah ; beliau yang bersungguh-sungguh mahu membuat rayuan muka ke muka. Ohh ayah!



Saja - saja ambik, tanpa menyangka saya akan menjadi peserta TaWe ni ^^



Ni semua gambar masa pertama kali ke CFS IIUM PJ. Gamble je pegi, bawa surat rayuan sepucuk dan sehelai salinan keputusan SPM.

Mana tahu, rezeki saya di sini rupanya ALLAH tetapkan. Gagal di matriks, UPU dan maktab, rupanya ALLAH anugerahkan saya UIA PJ secara manual, tetapi secara langsung depan mata! Alhamdulillah :)

Dan ini pula gambar dua hari kemudian, semasa pendaftran ke IIUM PJ. Masya ALLAH, segala kesakitan selama ini, ALLAH ganti dalam masa beberapa ketika je. ALHAMDULILLAH!



Mak tersenyum puas. Alhamdulillah, senang lihat senyuman mak ^^




Ohhh. Masa ni masih comot! Malu seyh!! :D


Mak ayah abang kakak menghantar ke UIA. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Bukan sahaja boleh menempatkan diri di UIA dengan segera, bahkan dapat roommates yang okey, alhamdulillah!!!


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Semua ni mengajar saya banyak perkara. Namun yang paling utama ; ALLAH TAHU SEGALANYA. Bukan DIA tidak mahu memberi langsung jika perkara itu baik untuk jika, tapi mungkin belum lagi. Jangan risau dengan perancanganNya, kerana semuanya dalam pengetahuanNya ^^

Alhamdulillah 'ala kulli hal, ya Arhamar Rahimin.

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template