Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di 'perantauan' .

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, dah selesai 2 hari ibadah puasa dijalankan di 'perantauan' ni. Tak sempat nak menonton pak cik penyimpan mohor-mohor besar tu umumkan tarikh mula puasa, macam tahun-tahun lalu :'(

Again, alhamdulillah. So far, everything goes well. Yang menjadi sedikit isu ialah solat sunat terawih. Malam memula, pegi musola KC. Agak lama ya nak menghabiskan 8 rakaat tu. Tamat pada 10.30malam. Pastu mulalah berderet depan lif. Adeh.

Okey, tukar plan. Malam kedua, turun berlenggang dengan kain sarung je ke surau level 5. Sama macam surau KC, agak tak selesa sebab jemaah yang ramai dan kena solat berhimpit-himpit. And tamat 8 rakaat pada 10.15 malam. Agak lambat juga.

Salwaniey cakap di masjid tamat 9.30 malam lagi. Awal jugak tu.

Er. Bukanlah pemalas, tapi kalau terawih habis lambat, akan memberi kesan pada jadual harian yg diatur.

Okey. Malam ni, pergi ke masjid UIA, sedang elok dengan KC ni takde air. Syabbas, mere betta! Mandi pagi tadi, dan baru je lepas mandi 2 jam yang lalu. Petang tadi, air takde di KC! Dan tak boleh mandi lepas balik bazaaar.

Bazaar?

Ye, ada bazaar Ramadhan di sini, dan kami dibenarkan keluar mulai jam 4.30petang dan kena masuk jam 7 malam. Okeyla. Takde la muka bertukar jadi sardin Kak Noni je, dek kekerapan menelan lauk dari Kafe Suria milik Kak Noni tuh.

Okey, balik cerita di masjid tadi. Alhamdulillah, habis awal sikit. Dalam 9.40 malam. Tu pun Waniey cakap lambat. Takpelah, janji boleh balik, mandi dan buat 'research' sikit. (Actually, tgh google something else, cuma terbukak blogspot. Menyelinap la sekejap :D )

Di masjid, agak syahdu ye. Bila dengar 'aaaamiiiinnn' ramai-ramai tu, bergetar sanubari. Terasa kekuatan Islam, sebab bila amin lepas Al Fatihah tu kuat bunyinya, menandakan jemaah ramai. Tiba part selawat lepas habis setiap 2 rakaat, sayu hati. Sebab selawat masjid kat Pasir Mas lebih meriah.

Petang tadi, sempat ke Kafe UKC, teman Waniey beli makanan. Tertengok TV 1. Mungkin rancangan Syahadah. Teringat zaman dolu-dolu, menonton Jejak Rasul bersama ayah. Lepas tu, gunting soalan kuiz dalam suratkhabar, hantar untuk masuk peraduan. Lepas tu, sambil-sambil tengok JR tu, sengaja menggedik bermanja dengan ayah. Tanya soalan itu ini, meskipun pengacara dah jelaskan di TV. Ohh, saya teringat ayah saya!

Ni baru cerita bab puasa. Tak cerita bab sahur dan berbuka lagi. Uwaa! Serius, puasa tahun ni memang lain. Rasa macam.... kurang! Tapi adatla.. I need to adapt myself with this new environment. This is my first year of fasting in this way, and this way would be last long for another few coming years. So Maryam, get used to this method of sahur, fast and break fast!

Mak, jangan risau. Adik oke je :) Cuma mencuri sedikit masa meluahkan semua ni, sebab terasa sangat bezanya puasa di sini dengan puasa di rumah. OMG!

Ramadhan kali ini, mengajar saya supaya lebih berdikari. Bangun sahur sendiri, takde yang nak kejutkan. Kalau nak solat sunat, kena niat datang dari diri sendiri. Ayah dah takde nak bagi hint suruh solat sunat. Nak makan apa, kena bajet sendiri. Rancang sendiri. Dan dalam kebanyakan hal lain pun, kena buat keputusan sendiri. In a shorter sentence, be independent!

Nasib baik ALLAH campakkan saya di bumi PJ yang penuh dengan sanak-saudara terdekat. Boleh jugakla mak sedara datang hantar menu berbuka, abang kakak nak datang jemput dan hantar tetiap hujung minggu. ALLAH tahu yang terbaik. DIA tahu saya tak kuat untuk berada terlalu jauh daripada keluarga. (Nasib baik tak ke Morocco!)

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding Ramadhan tahun lalu. Bukan bulan itu sendiri, tapi bagaimana kita menghiasi Ramadhan itu dengan aktiviti yang berfaedah. Insya ALLAH, amiin.

Wallahu'alam, wassalam.

3 love letta(s):

Madiey Kamal said...

alah syahdunye khutbah isyak adik ku ni...

ni mak yg ckp k..xpe la...turn abg2 n kkak2 dh lma brlalu..ni turn adik la plk...2 mak yg kta tau..bkn kkak...;)

Maryam Kamal said...

mak baca post ni? MAK BACA?! OMG!!

don't tell me ayah pun baca jugak, atau mak bgtau ayah! nooo! malu siyhhh!

Madiey Kamal said...

hahahha....2 no komen la..bukan mak la klu pape bnda dia xgtau ayh...

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template