Wednesday, August 17, 2011

Perkara-perkara Mencuakkan di Hostel =.-'

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila duduk hostel ni, adatla kan. Ada baik buruk dia. Ada kelebihan kekurangannya. Kelebihannya, banyak jugak. Contohnya, iyalah.. Benda-benda biasa.. Seperti boleh mengajar kita berdikari bla bla bla (klise doe! :D ).

Tapi ada jugak beberapa perkara yang membuatkan perasaan cuak tu timbul. Tambahan pulak buat penduduk tingkat 9 Mahallah Khadijah ni. 9 out of 9! Memang mandat besar la! Orang paling atas derrr!

Antara perkara yang mencuakkan :

1) Nombor satu ni memang takde perkara lain boleh tanding. LIF. Get me? Yes. Lif services. Kalau waktu puncak, contohnya macam pukul 8pagi atau 2 petang, yakni majoriti penduduk mahallah ni akan berbondong-bondong dan berduyun-duyun keluar untuk ke kelas masing-masing, jangan haraplah anda yang berada di tingkat 9 ni akan boleh turun dengan aman permai.

Kenapa? Sebab lif ni.. Bila sampai tingkat 6, 7... Dia turun balik. Tak sempat naik atas, sebab lif dah penuh. Kadang-kadang, dekat tingkat 7 dah overload. Aiseh =.-'

Antara faktor yang dikenalpasti menyumbang ke arah berlakunya fenomena ini ialah kerana penduduk di tingkat-tingkat bawah, akan masuk lif yang menuju naik.. Sepatutnya mereka biarkan lif naik sampai tingkat 9 dulu, dan bila lif turun baru mereka naik. Tapi mereka memilih untuk naik dulu, dan membiarkan kami di tingkat 9 ini dengan hati tak berapa nak redha, terpaksa turun tangga untuk ke ground floor!

Kenapa? Haihhh. Kalau dah hampir 10minit menunggu lif aje, yakni lif spesies yang tak sempat nak naik tingkat 9 dah overload, baik turun guna tangga. Cuba sedapkan hati sendiri dengan mengatakan lebih banyak pahala akan dapat jika turun tangga.

2) Yang ni personal sikit sebab urusan di bilik utiliti. Bilik ni merupakan tempat meletak baldi-baldi dan alat-alat khidmat diri penduduk mahallah. Terdapat satu sink dan satu water cooler (tak tahu apa penjodoh bilangan untuk mereka neh =.= ) dalam bilik ni.

Yang membuatkan rasa cuak itu wujud apabila anak-anak dara yang mencuci pinggan mangkuk di bilik utiliti ni tak tahu nak buang dulu sampah dalam perkakas mereka ke dalam tong sampah, seterusnya menyebabkan sink tersumbat.

Deyyy! Kalau dah minum air cincau tu, takkan ko nak main buang dalam sink je? Dahlah cincau besar gedabak! Tapis la dulu, buang dalam tong sampah. Air buang dalam sink, kalau dah tak lalu nak minum. Ni semua aci redah masuk dalam sink. Pikir la sikit! =.=''

3) Technician lelaki. Mahallah Khadijah ni bukan namanya Mahallah Khadijah kalau tak dimasuki technician setiap hari. Ada aje benda rosak. Pintu tercabut tombol, tingkap bocor, selak rosak dan sebagainya. Maka setiap hari memang akan ada announcement mengatakan technician akan berada di bilik sekian-sekian, di tingkat sekian-sekian..

Tapi cuba bayangkan kalau penduduk tengah tidur masa announcement, pastu terjaga 5minit kemudian.. Dan keluar drai bilik dalam keadaan tak menutup aurat.. Camne tu? adeh =.-'

Dahlah mak cik buat announcement laju semedang. Biasanya yang sempat tangkap hanyalah hujung kata-katanya yakni, 'please cover your aurah properly, thank you'.

***

Dah dah dah! Banyak sangat benda yang dicuakkan. Tak bersyukur pulak ye! Astaghfirullah. Maryam, bawak-bawak bertaubat la ye! :D

Benda-benda macam ni sebenarnya ada hikmah tersendiri. Macam kes lif tu.. At least, mengajar erti kesabaran. Janganlah setiap anak tangga yang ko turun tu, ko pi mencaci-maki orang-orang tingkat bawah. Instead of that, apa kata berzikir ke, berzanji ke, bertahlil ke, bertakbir ke.. Dapat jugak pahalanya, kan? Then maybe boleh kurus sikit turun tangga banyak-banyak tuh :)

Kalau kes sink tersumbat tadi, learn from others mistake and ensure that you do not commit the same :)

Kes technician tu no comment. Sebab tak pernah kena, and never dream to! Nauzubillah. Semoga sentiasa dalam peliharaanNya. Amiin :)

Pendek kata, setiap benda mesti ada molek hodohnya, kan? Biasalah. Semuanya ciptaan, bukan Tuhan. Jadi jangan tak cari kesempurnaan. Sebaliknya cuba untuk mewujudkan kesempurnaan.

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template