Wednesday, August 17, 2011

Law Soc - DONE!

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu ni pack sikit jadual harian saya. Kenapa? Sebab minggu ni ada dua assignments yang perlu disubmit kepada lecturers, dan satu presentation. Minggu depan ada pulak satu.

Satu assignment yakni laporan tentang educational visit ke CM bulan lepas, perlu dihantar pada 15 Ogos. Pada hari yang sama, kena buat presentation tentang Pollution dan Recycle.

Kami merupakan kumpulan kedua, dan kumpulan pertama tu memang terbaekkklah! Tambahan pula, kami ada terlalu banyak fakta tentang Pollution untuk dikongsikan, hingga membosankan pendengar. Ohh. Sangat sedih! :'(

Tapi takpe lah. Benda dah lepas, tak guna nak ingat-ingat balik kan? Apatah lagi nak menyesal. Agak berpuas hati dengan ciptaan kami dan Madam pun cakap beliau puas hati dengan preparation yang dibuat oleh kedua-dua group. Alhamdulillah, those words were enough to comfort me. At least, Madam could see our efforts in completing our assignment.

Inilah orang-orang yang bertanggungjawab menjadi ahli kumpulan saya :)


Dari kiri, Nisa As-Saadiyah selaku ketua kumpulan, individu berbaju biru yang bergaya macam model itu Farah Farhana, di sebelahnya Bahirah dan berbeg pink tu, Anis Syahidah. Mereka bersama bahan kitar semula ciptaan kami :)


Bendalah ni dibuat hasil gabungan kotak air mineral, botol air mineral (1.5L dan 0.5L), kertas, tisu dan beberapa alat perhiasan kitar semula :D

Maka, berlalunya 15 Ogos, menandakan berakhirlah tugasan Law Society. Sekarang harus fokus kepada tugasan Islamic Legal History yang perlu dihantar pada 19 dan 24 Ogos ini. Adeh. Tak sabar nak balik raya :D

Sekian, laporan minggu ini, yang ditujukan khas buat mak saya :D

Wallahu'alam, wassalam.

3 love letta(s):

dotchinka said...

pollution.

bendalah tu tangki ke ape?

Maryam Kamal said...

haha. taklah. multi purpose box. macam poket doraemon :D

dotchinka said...

err?bagaimanakah kaitannya dengan pencemaran?

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template