Sunday, July 10, 2011

Tanya sama pokok.

Kata Hazama dan Meet Uncle Hussain,

Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Nanti jawab pokok, angin yang goncang.

Er, sebenarnya, bukan Hazama dan MUH yang cakap, asalnya daripada zaman hitam putih P. Ramlee lagi.

Tu lah.. sejak zaman dulu lagi lah maknanya, kalau bukan angin yang mulakan dulu, takkan pokok suka-suka hati nak bergoyang kan.

Analoginya, lagi kuat angin menggoncang, lagi kuat pohon bergoyang. Maka, janganlah nak salahkan pokok, kalau pokok bergerak. Dan, jangan marah kalau pokok makin mengganas ; patah dahan sana sini, hempap manusia dan makhluk sekeliling, kalau angin serang dengan taufan Katrina.

Bukan zaman sekarang je benda ni jadi. Dan bukan sejak zaman P. Ramlee lagi. Sejak sekian lama. Hukum alam.

Angin goncang, pokok goyanglah. Cuba kalau angin tenang, sepoi-sepoi bahasa je.. Mesti seluruh buana akan rileks.

Kan?

Wallahu'alam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template