Sunday, July 17, 2011

Nasihat mereka.

SATU.
"Belajar elok-elok. Jangan jadi macam pak cik. Muda-muda ni seronok la kalau tak belajar, tua-tua jadilah macam pak cik. Anak-anak sekarang untung mak ayah sayang sangat. Nak topup pun merengek mintak dengan mak ayah, dah dapat. Mak ayah sekarang pulak mana ada yang susah. Ada, tapi tak ramailah yang betul-betul susah.

Kau nak berjaya, kau jangan ambik dadah. Najis dadah ni merosakkan kau. Setakat nak awek-awek tu bolehla. Tapi jangan main-main sangat. Belajar dulu. Berjaya dulu. Kalau tak, menyesal. Macam pak cik ni hah.'

DUA.
"Ni je yang mak cik boleh buat, nak. Ni je yang mak cik mampu."


***


Benarlah, ilmu tu ada di mana-mana. Tak semestinya hanya ada dalam dewan kuliah, mendengar daripada profesor pemegang PhD.

Dalam bas, daripada pak cik bas dan mak cik konduktor pun boleh belajar. Malah belajar benda yang takde dalam buku. Belajar kenal hidup. Belajar faham hidup.

Mereka ; profesor pemegang PhD dan pemandu bas serta mak cik konduktor, semuanya sama. Sependapat. Ilmu itu penting. Maknanya, tahap mereka sama. Cuma peluang dan nasib mereka tak serupa. Jadi, jangan pandang rendah pada orang yang tak berpendidikan tinggi, sebab ada je golongan yang macam tu lebih baik daripada golongan yang dapat pendidikan yang sempurna.

Jangan pernah pandang rendah, apatah lagi hina mereka. Kau hanya boleh buat macam tu, bila kehadiran kau lebih penting daripada seorang mak cik cleaner. Takde mak cik cleaner satu hari, sape nak tolong buangkan sampah, mop lantai, cuci tandas, sapu koridor kau? Mahu haru-biru. Tapi takde kau, rileks je kan.

Ya. Mak cik cleaner lebih penting daripada aku. Sebab takde aku, oke je. Tapi takde mak cik cleaner, Level 9 boleh jadi huru-hara. (",) Maka, aku tak layak nak pandang rendah, jauh sekali nak hina golongan macam mak cik cleaner tu.

Wallahu'alam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template