Friday, July 29, 2011

Benar apa yang mereka kata.

Assalamualaikum wbt.

Dulu ( merujuk kepada zaman pakai uniform sekolah), bila seniors yang dah berada di IPT datang sekolah, bagi nasihat pada juniors ni, mereka kata :

"Zaman persekolahan ni takde apa sangat kalau nak dibandingkan dengan zaman di IPT. Cabaran lebih besar. Mana ada cikgu lagi dah. Semua kena usaha sendiri. Kamu beruntung sebab kat sekolah cikgu tolong. Kat sana, jangan haraplah. Pensyarah pun tak sebaik cikgu."

Tak percaya. Takkanlah semua usaha sendiri. Mesti pensyarah tolong. Takkanlah kejam sangat.

"Peperiksaan di sekolah ni, biasa je jika nak dibandingkan dengan peperiksaan di IPT. SPM ni, cuma satu noktah yang membawa tanda kecil je dalam hidup kita."

Juga tak percaya. SPM derrr, bukan main-main. Tiket ke mada depan yang lebih cerah tuuuuu! Takkanlah membawa kesan yang sekecil tu je dalam hidup? Eheh!

***

Tapi, bila berada di sini, barulah tahu. Benar apa yang mereka kata.

Money and time management, all depend on us. Macam mana, bila, berapa, bagaimana, kenapa nak menguruskannya, kita yang menentukannya. Ke kelas, kalau tak alert dengan masa, tak pasal-pasal boleh terlencong. Menjejaskan credit hour. Menjejaskan CGPA, sebab kedatangan dikira jugak. Tugasan dan jadual, kena sentiasa tanya kawan-kawan, sebab mungkin masa pensyarah cakap kita tak dengar atau silap faham. Tak adanya nak suruh pensyarah ulang 2-3 kali.

Peperiksaan. Baru saja lepas habis peperiksaan pertengahan semester. Jujur cakap, bila habis je peperiksaan ni, yang melibatkan 3 subjek sahaja, rasa teramat lega! Lebih lega berbanding lepas keluar SPM, walaupun SPM ambil 11 subjek. Ya, lebih lega berbanding lepas keluar peperiksaan tiket untuk kejayaan tu!


3 hari je. Tapi berturut-turut!

 

Lepas je peperiksaan Arab, terus potong. Nampak lega sikit kan kan kan? :D

Lepas Law Soc, potong jugak. yeay! Tinggal ILH je :))))

Dan akhirnya, sangat senang hati melihatkan semua ini telah dipotong!
List out!

Maknanya, takde peperiksaan dah.

Yaa!
Amat tenang dan senang!
(sebelum dapat result)

***

Maka, adik-adik. Ketahuilah. SPM bukan titik noktah dalam hidup anda. Banyak lagi spesies SPM yang menanti anda. Kak Yam (macam tua je) , er.. Kak MJ (moden sikit kan :D ) ni berdebar tahap tak hengat, baru peperiksaan pertengahan semester. Kalau peperiksaan akhir semester, tak ke haru?

Allahumma yassir, wala tu'assir. Khair, insya ALLAH.

Ma'at taufiq wannajah, fiddunia wal akhirah.

Wallahu'alam, wassalam.

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template