Sunday, June 12, 2011

Maaf.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Hampir memasuki minggu ketiga saya di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya, saya maklum bahawa agak ramai yang terkejut apabila saya mengkhabarkan kepada mereka bahawa saya kini berada di pusat asasi berkenaan dalam jurusan undang-undang.

Malah kebanyakan daripada mereka yang baru tahu itu, akan segera memulakan sesi merajuk dengan saya kerana tidak memberitahu mereka mengenail hal tersebut.

Ohhoi!

Ala sayang sayang semua.. jangan merajuk ye :)

Untuk mengelakkan kes merajuk tu berulang (sebab terlalu kerap berlaku sehari dua ini.. olololo), maka dengan rendah hatinya saya ingin berkongsi cerita mengenai kemasukan segera saya ke pusat asasi ini.

Iya, memang benar apa yang dikatakan dulu, bahawa memang nama saya gagal mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi, sama ada matrikulasi, Unit Pusat Universiti (UPU) mahupun maktab perguruan. Memang tidak lekat!

Namun, berbekalkan usaha jitu ibu bapa saya yang bercampur sebati dengan kemahuan saya untuk ke IPTA, kami memutuskan untuk berjumpa secara bersemuka dengan pegawai yang berkenaan di IPTA yang sedang saya diami sekarang.

Alhamdulillah, segala kesakitan dan tangisan selama ini, natijah kekecewaan dan sebagai tanda manisnya menghadapi ujian ALLAH, akhirnya berbalas dalam masa beberapa minit saja.

Hanya dengan melihat keputusan SPM saya, beserta sepucuk surat rayuan untuk memohon agar diri ini layak diterima masuk ke pusat asasi ini, akhirnya pegawai berkenaan memutuskan, bahawa saya dibolehkan mendaftarkan diri pada Isnin berikutnya.

Sila maklum bahawa saya pergi berjumpa dengan pegawai berkenaan pada hari Jumaat, dan dikehendaki mendaftar pada Isnin berikutnya! Hanya Sabtu dan Ahad saja yang saya ada untuk buat persiapan, sedangkan bakal siswa siswi lain sudah membuat persiapan sejak sebulan lalu. Tapi, saya? Hujung minggu saja yang saya ada!! Dan tentulah dalam kekalutan untuk melengkapkan persiapan tersebut, pasti saya tak sempat untuk mengumumkan pada dunia bahawa saya diterima masuk ke pusat asasi berkenaan.

Usahkan anda, ahli keluarga terdekat seperti nenek dan datuk juga hanya sempat saya maklumkan melalui panggilan telefon, tanpa sempat pulang ke Kelantan untuk berjumpa mata dengan mereka. Usahkan kenalan, teman-teman rapat juga hanya seorang dua saya maklumkan! Dan yang lain itu hanya tahu menerusi laman sosial, apabila ada keluarga terdekat (adik beradik) yang melayangkan ucapan tahniah.

Maaf ya anda semua! Bukan menipu tentang tawaran ke universiti, bukan juga tidak mahu berkongsi berita gembira, apatah lagi untuk menikmati kebahagiaan bersendirian, cuma sila mengerti bahawa semua ini berlaku terlalu pantas. Dah saya masih lagi dalam situasi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Maklumlah, semuanya terlalu pantas!

Maka, sekali lagi, untuk anda yang terasa, atau terberkecil hati, atau ter-ter yang lain, sila jangan ter-ter dah ye :)


zwani.com myspace graphic comments


Apatah lagi, ini bukan lagi puncak dalam graf hidup saya.. Sebaliknya, ini merupakan satu permulaan kepada satu graf baru. Dan saya harus memastikan graf itu sentiasa meningkat, insya ALLAH :)



zwani.com myspace graphic comments


Anda semua, all the best ya! Selamat berjaya, dunia dan akhirat! Insya ALLAH. Let us altogether move a step forward, and be ready for all the obstacles that are waiting for us :)

Sekali lagi,




Sekian, wallahu'alam.

Wassalam~

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template