Tuesday, May 24, 2011

SURPRISEEEEEEE!! :'(

Bismillahirrahmanirrahim.

Kelmarin, seharian di luar. Berfoya-foya dan memenatkan minda, berfikir merata dunia. Balik rumah, terus terlena mulai dari lepas isyak hingga subuh tadi. 

Terasa macam ada yang mencuit kaki, kejutkan dari mimpi indah je semalam. Tapi buat tak tahu je. Penat amat, hingga mata asyik memberat. Rupanya kakak yang mengejutkan, mahu mengkhabarkan suatu berita yang tak disangka.

Pagi tadi, masuk dapur, segelas air kosong di tangan bagai mahu terhempas mendengar ucapan sang ibu. Berita yang sama yang mahu kakak sampaikan. 
 
Terus bergegas ke komputer, mencari apa yang perlu. Dan ini, yang diketemu.


Ayah mulai membisu. Dia ingat apabila mendapat ini, tidak mungkin untuk mendapat U. Heh? Kesian.

Ya, memang borang politeknik yang memang terdapat dalam borang UPU baru-baru ini, diisi. Kenapa? Kalaulah tahu bahawa kalau dapat poli, xdapat U, takkan nak isi. Tapi masalahnya tak tahu!

Benarkah begitu? Tapi kalau benar, mengapa tidak dinyatakan sebegitu terlebih dahulu? Mengapa biar keliru? Mengapa biar terang tapi berdebu?

Tapi menurut Facebook Group Forum Kerjaya Lepasan SPM , tidak. Tidak semestinya. Ada juga yang dapat poli, juga dapat U. Ada juga yang tak dapat dua-dua. Dan ada juga sama spesies, dapat salah satu.

Kejutan di pagi hari, yang tidak disangka sama sekali.

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (LOJI) . Loji apa? Kumbahan? Eheh!

Maktab, masih ada ambilan kedua dan ketiga. Harap-harap tersangkut nama di mana-mana.

Okey. Harus pergi. Mahu menebang bukit harapan U. Enggan biar ia tumbang sendiri. Laagi sakit hati!

Wallahu'alam.

4 love letta(s):

.ajriya amran. said...

congrates :)

Maryam Kamal said...

huh, thanks? :|

cheya said...

saya tetap nk awak pergi usim dgn sy~tp sy still happy if u find some better place for u to study

Maryam Kamal said...

awak, saya xbolehla temankan awak kat USIM tu... :'(

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template