Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru, cikgu! :)

Assalamualaikum wbt.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. 

Itulah tema Hari Guru 2011. :)

Since we are talking about teachers, let me share something about my teachers (sementara takde cikgu baru lagi :D lepas ni bertambah la bilangan cikgu I. ngeh3).

Cikgu darjah 1 : Cikgu Noraini. 

Pesanan cikgu Bahasa Melayu ni yang masih saya ingat hingga ke hari ni ialah jangan langgar lampu isyarat. Kuning bermaksud memperlahankan kenderaan. Merah kena berhenti. Kalau langgar lampu kuning, esok tengok-tengok kena saman. Apatah lagi lampu merah!

Haha. Canggih kan darjah 1 lagi dah belajar pasal ilmu automobil neh? :D Terima kasih, cikgu! :)

Cikgu darjah 2 : Cikgu Sorit.

Cikgu ni hensem, wa cakap lu! Hitam manis dan baik. Dia selalu puji kawan saya yang nama Farah Ninie tu sebab dia kata mak cik tu cantik dengan adanya tahi lalat di dagu dia. Saya masih ingat, betapa dungunya saya dan kawan-kawan lain apabila sibuk lukis tahi lalat di dagu sebelum masa Cikgu Sorit, konon-konon nak suruh cikgu puji jugak. HAHA.

Dan saya masih ingat, masa saya jatuh tersungkur ke lantai dan bengkak dahi lalu bersembunyi sambil menangis di tandas, cikgu ni selaku guru kelas sanggup mencemar duli masuk juga ke tandas perempuan tu, semata-mata nak pujuk saya dan hantar balik. Auww!

Kat manalah cikgu sekarang ye? Dah kahwin ke belum? ;) Apa-apapun, terima kasih, cikgu! :)


Cikgu darjah 3 : Teacher Mimi.

Ya ampunnnn! Teacher ni serious comel. Kecik dan putih seppo, bak kata orang Kelantan. Serious comel!! Dia suka pakai lipstick pink membuatkan dia makin comel. Ohhoi! Makin semangat nak belajar BI.

Saya ingat lagi, ada sekali tu teacher soal tentang sayur. Teacher bagi dalam BI, dan kami kena bagi maksud dalam BM. Sapa yang tak dapat jawab, kena berdiri. Saya berjaya melepasi round pertama. Round kedua, teacher soal semua yang berdiri. Saya sempat tolong rakan saya, nama dia Helwina. Yang lawaknya, saya bagi jawapan 'kacang cambah', sedangkan kalau ikut bahasa baku, jawapannya taugeh. Tapi teacher tetap izinkan dia duduk. Entah teacher tahu ke tidak kegiatan haram saya tu :D

Whatever it is, terima kasih teacher! :)

Cikgu darjah 4 : Cikgu Hafshah.

Cikgu ni mengajar Sains. Ada sekali tu, saya lupa nak bawak buku teks. Then, lepas je cikgu masuk, bagi salam dan baca doa, terus saya serbu cikgu di depan. Cikgu dok tengah pegang kapur, jadi pelik tengok saya dah tercongok tepi beliau. Beliau tanya kenapa. Dengan muka skema + nerd, saya bagitahu cikgu, saya tertinggal buku. Cikgu stay muka tegang, lepas tu dia suruh saya duduk. Alhamdulillah, tak kena marah. See! Jujur itu terbaik!

Terima kasih, cikgu :)

Cikgu darjah 5 : Cikgu Haslina.

Cikgu ni pun mengajar Sains. Pernah cikgu ni suruh saya tulis nama pelajar kelas mana entah dalam buku kedatangan sebab dia kata tulisan saya cantik. Kemudian, saya akur je lah. Tapi lepas siap tu, cikgu macam tak puas hati. Dia tanya kenapa tulisan saya jadi bulat bulat. Saya cakaplah, memang macam tu tulisan saya. Tapi lepas kena tegur tu, terus saya tekad ubah tulisan jadi lebih baik dan cantik.

Terima kasih, cikgu! :)

Cikgu darjah 6 : Teacher Rosiati.

Teacher ni amat putihssss! Comellll! Jelessss. Putih seppo seppo ! Memang semua English teacher kena white-skinned ke? It seems like I can't be an English teacher la! Haha :P

Teacher ni merupakan cikgu pertama yang sudi berbalas SMS dengan saya. Saya SMS dia tanya pasal keputusan pertandingan talk BI yang disertai junior saya. Saya tanya, decision. Teacher cakap, kalau keputusan pertandingan, bukan decision. It is more to 'result'. Lepas tu baru saya boleh differentiate antara decision dan result. Lucu betul.

Teacher ni jugak ajar kami buat ayat. Saya ingat lagi, ayat memancing.

Contoh : Ali berjaya menangkap lime ekor ikan.

Kalau saya masa tu, saya bantai buat, 'Ali succes to catch five fishes.' Biasala weii. Ayat darjah 6 :D

Tapi teacher betulkan, teacher cakap, kena guna manage to. It should be ; Ali manages to catch five fish. Fish mana bulih jadi fishes. Kan kan kan? :D

Teacher jugak ajar supaya aren't jadi ain't. Lebih tepat.

Dan teacher ajar baaanyakkk lagi. Terima kasih teacher! :)

Tak dilupa, Cikgu Robisah Hanim dan Cikgu Hasan Ali yang terlampau banyak ajar saya terutama apabila masuk bab-bab pertandingan. Debatlah, syarahanlah, berceritalah. Tak dilupa juga Cikgu Farita. Terima kasih cikgu :)

Hadoih. Baru habis pasal cikgu sekolah rendah. Tak masuk cikgu di MMP lagi! Okey, oleh sebab cikgu di MMP ramai, maka jom buat satu summary :)

Cikgu form 1 yang masih kekal di ingatan ialah Teacher Erni yang super duper cute. Mengajar Sains. Masa beliau ajar kitorang di 1E3, beliau tengah sarat mengandung. Tapi tetap semangat panjat tingkat tertinggi bangunan A tu. Kitorang nak turun bawah, dia tak bagi. Dia cakap, nanti keadaan nak belajar tak selesa. Lagi sorang yang saya ingat ialah Cikgu Azimah yang mengajar Geografi. Cikgu Azimah merupakan cikgu pertama yang masuk mengajar masa form 1, dan sebelum mengajar, dia kerah kami semua gotong-royong bersihkan kelas dulu. Dan markah Geografi saya yang pertama masa Tingkatan 1 ialah 85%. Bangga siyh! ;)

Form 2 pula, Cikgu Norhayati. Yang saya ingat, dia cikgu kelas 2E2 dan kami bagi hadiah kain sepasang pada beliau. Terus beliau jahit dan buat jubah dan pakai masa menghadiri jamuan akhir tahun kelas kami. Auww! Sungguh romantik!

Form 3.. ramaiiiii ! Yang paling ingat, mestilah Cikgu Mazidah. Sebab beliaulah saya terminat Sejarah. Bukan apa, kagum tengok dia ajar Sejarah tanpa lihat sekilas pun di buku teks. Semua macam dah ada dalam kepala. Cikgu Mazidah juga yang jadi penemu duga saya untuk jadi dhabithah masa form 4. Auw!

Saya juga ingat pada Teacher Aida yang sangatttt chantekkk! Sebab cara pengajaran dia kut, saya ingat dan hayati betul-betul cerita Prisoner of Zenda tu. Syahdu duhh! Dan saya ingat sangat pada Ustazah Ruhaini yang sangat cunnn! Rasanya belajar BA dengan dia la kut paling best! Serious ustazah ni sporting. Dah anggap macam kakak pun ada, sebab beliau muda lagi. Dan saya jugak ingat pada Cikgu Meriam yang sangat lucu. Ohh cikgu. Kalau cikgu tahu cikgu cantik, saya laagi tahuuu! :)

Form 4, er.. saya paling ingat Cikgu Juwa la kut. Cikgu Kimia terchenta. Dahlah subjek KIMIA. Adehh. Dan saya jadi insan pertama yang kena soal. Saya masih ingat, lepas je kami diperkenalkan oleh Cikgu Siti, terus Cikgu Juwa masuk gear mengajar. Dan saya, the lucky number one kena soal! Kena terangkan pasal C-12 (er, betul x? wujud ke benda ni sebenarnya dalam syllabus Chemistry form 4?? xsure siyh! :D ). Ohh. Serious tergagap-gagap. Dan since that day la saya jadi trauma dan fobia dengan KIMIA. *haha. saje je bagi alasan la tu. kan kan kan? :P

Form 5.. Ohhh! Tahun senior! Aduhaiii Cikgu Suhaila... Cikgu ni serious baik. Cikgu ni memang tabahlaa. Sebabnya kitorang bukan kelas terbaik. Ramai je cikgu lebih sukakan kelas depan atau belakang kami. Mesti ada yang kuranglah bila sebut 5SC2.. tapi Cikgu Suhaila tetap sabar dan nasihat kami tanpa jemu. Cikgu tetap pertahankan kami dan tegur kami bila kami buat salah. Yang istimewanya,sepanjang cikgu mengajar kami, sempat cikgu lahirkan Iman. Hehe :) Mujurlah kami SPM lepas cikgu habis pantang. Sempat lagi merasa kasih sayangmu, ohh Suhaila! HAHA. *kalau tengok cikgu, mesti rasa nak nyanyi.. Aduhaii Suhaila, akan kutunggu sampai bila-bilaaaa ! :D


Jasa baik Cikgu Rahiah juga takkan saya lupa. Cikgu yang mengajak saya kembali ke pangkal jalan untuk minat Kimia semula. Namun, mungkin agak lambat kut, sebab Kimia saya C+ ! Kalau lagi lama cikgu torture saya, tak mustahil saya dapat A+! Hehe. Tapi cikgu ni serious penyayang. Bila mengajar, dia prefer pandang mata students dia. Nak pastikan student dia 'wujud' dalam kelas. Dan kalau nak buat rondaan, beliau akan ronda sambil usap dan tepuk bahu pelajar yang mengantuk atau yang jawab soalan latihan yang beliau beri dengan jawapan salah, mengalirkan semangat supaya tak putus asa. Wah! Sangat loving you! Cikgu Lakima yang sangatttttttt sabar juga mengagumkan saya!!

Er, ada ke summary sepanjang neh? HAHA.

Kepada semua guru yang pernah mengajar insan bernama SMJMK ni, sama ada secara formal atau tidak, TERIMA KASIH. Tanpa anda semua dan tanpa izinNya, tak mungkin saya akan jadi seperti saya hari ini. Alhamdulillah :)

Cikgu, jasamu kukenang. Terima kasih, cikgu!


Selamat Hari Guru, cikgu! ;)



May ALLAH pays you the best rewards fiddunia wal akhirah either :D

Wallahu'alam. Wassalam~

p/s : Kepada Cikgu Kamal, Cikgu Asiah dan Cikgu Hajah Muja, selamat hari guru juga ye ;)

p/p/s : Bagus betul MK nih. Cikgu Sorit is the only man yang dia sebut. Mesti tak terbabit dengan kes cintakan guru sendiri, kan? HAHA.

p/p/p/s : Apesal ramai sangat cikgu wanita MK yang cantek, comel dan cunnn?? :D

p/p/p/p/s : Serious panjang, kan? Ni belum masuk cikgu tadika, cikgu fardhu ain dan cikgu tuisyen lagi! hadeih. ramainya insan bergelar guru dalam diri seorang manusia, kan? =.-

p/p/p/p/p/s : kenapa awal sangat buat entry Hari Guru? sebab esok saya busy. :D nak teman budak nak pegi U shopping barang2. :D

5 love letta(s):

qyqa mokhtar said...

memang panjang!!! ^^

auwww.. manjanya ang ngan cikgu..
i miss my teachers la cam nih.. ^^

weh cepar siasat cikgu sorit da kawen ka blummm.. =p

Maryam Kamal said...

panjang sangat ke? aku baru bercadang nak panjangkan lagi, nak cerita pasal cikgu tadika, fardhu ain dan tuisyen! hehe :D

haha. masa aku amek gamba tu, seua dk jeles.. tp cikgu suhaila tak layan depa, sbb cikgu kalut nak pi tempat laen.. :D

aku cuba search dlm FB la nanti kalau ang nk tau sgt pasal cikgu hensem tu.. hehe :D

shela_girl said...

bangga kalu dpt jadi cikgu yam... sume yam ingat nama dia ye... bagus... bagus....
tumpang bangga kerana menjadi guru....

yam follow ler kak shela dalam blogger...

Madiey Kamal said...

wah2x...rmainye ckgu dia....klu sya la jd ckgu awk,sya bngga ada ank didik sprtimu dik...

Maryam Kamal said...

ingat yang mana teringat ja :D

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template