Wednesday, May 4, 2011

Saya lupa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila tiba musim cuti, mulalah saya gelisah. Tak kiralah cuti raya ke, cuti sekolah ke, cuti Hari Pekerja ke, cuti Hari Wesak ke, cuti Deepavali ke, cuti Tahun Baru Cina ke, hatta cuti Thaipusam pun, saya akan resah. Cuti bermakna anak-anak perantauan akan pulang. Mereka pulang bererti jalan-jalan di bandar-bandar di Kelantan ini akan sesak, terutamanya bandar Pasir Mas ni, Rantau Panjang, Kota Bharu dan Pengkalan Kubor. Juga mungkin di bandar lain. Bila sesak, sebagai orang tempatan, rasa takde mood nak keluar. Nak bergerak sikit, jammed. Nak keluar beli sayur seikat dua pun, sesak! Aduh!

Kenapalah semua balik masa cuti? Cuba balik masa tak cuti. Cuba bergilir-gilir balik. Atau balik kongsi kereta. Dan apabila nak ke bandar, naik pengangkutan awam. Baru tak jammed, kan? Adeh!

Tapi saya terlupa seperkara.

Bila cuti, para peniaga, tak kira besar kecil mulai bergembira. Dari penjual cendol, penjual jeruk buah, hinggalah ke penjual kain baju, semuanya senang. Ramai orang bermaksud banyaklah rezeki mereka. Rezeki bertambah bermakna senanglah sikit nak tanggung anak-anak di rumah.


Masa ni lah nak kumpul duit lebih, kut-kut anak-anak nak makan ayam udang ketam yang hanya boleh makan jarang-jarang. Masa ni lah nak kumpul duit lebih, kut-kut anak-anak mintak duit nak bayar duit buku yuran sekolah bagai. Masa ni lah nak kumpul duit lebih andai kata anak-anak nak merasa pakai baju baru sikit.

Bukan nak kata orang sini miskin sangat. Cuma, iyalah. Di mana-mana ceruk dunia sekalipun, tak semua insan bernasib baik, kan? Tak semua lahir terus tidur atas tilam emas. Tak semua makan guna sudu perak. Ada jugak yang pernah merasa tak makan langsung.

Maka, lain kali, minda ini harus diajar, mungkin bala bagi saya, namun rahmat bagi insan lain. Aplikasikan dalam segenap hal, jika ini membantu anda untuk bertimbang rasa dengan orang lain.

Sekali saya lupa, dan saya tidak mahu terus lupa. Dan saya sedang ingatkan anda, jika anda terlupa.

Wallahu'alam. Wassalam~

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template