Wednesday, May 4, 2011

Majlis Anugerah Dhabithah Cemerlang 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, pada 2 Mei lepas, saya berkesempatan menghadiri Majlis Anugerah Dhabitah Cemerlang yang diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan para dhabithah dalam akademik pada tahun 2010.

Antara yang diraikan ialah adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMRU, PMR, SMU, kami, calon-calon SPM 2010 dan kakak-kakak STAM 2010. Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya majlis ini berjaya juga dijalankan dengan jayanya, alhamdulillah :)

Serentak dengan majlis ini, diadakan juga majlis wada' yakni perpisahan bersama bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Ustaz Zanaruddin Yaakub yang kini bertugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki. Haishhh.. Apsal semua cikgu kena transfer ke sana lepas mengajar di MMP? Ustaz Azhar dulu mudir MMP, sekarang dah jadi mudir MML. Adehh. *jeles :D


Cantik, kan banner itu? :) Biasalah, hand made. Any mistakes, kira forgivenla sebab adik-adik junior yang buat ni guna bahan kitar semula je. Jimat bajet :)

A big clap for me sebab sampai pukul 3.45petang, sedangkan majlis pukul 3. Hwa3! Nasib baik masa tu Ummi Noor Zila baru berucap. Sorry ustazah, alasan lapuk saya, BAS LAMBAT :D


Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sampai jugak saya, kan, ustazah? ;)

Masa naik stage terima anugerah dengan PK HEM baru, sempat ustazah cakap, 'datang jugak budak ni.' Bukan bermaksud kedatangan saya tak dialu-alukan, cuma ustazah tak menyangka saya akan hadir pada hari ini. Kenapa? Yelah, I kan dah jadi orang KL lepas habis SPM tahun lepas.. :D

Lepas ummi, ayahanda Ustaz Mansor pulak berucap. Waduh3.. Udah lama deh nggak mendengar mutiara kata daripada ayahanda.. Udah lama juga nggak berdiri di medan thobur dek kerana tidak mendapat keizinan untuk duduk daripada ayahanda. Ohh, rindunya nak gi thobur!!


Seperti biasa, Ustaz pesan pada dhabithah, jangan cemerlang dalam akademik je. Syakhsiah dan dakwah kena seiring juga. Dhabithah kena cemerlang dari segenap sudut. Dhabithah, dengar tu! Kak Yam ex dhabithah dah :D


Ni kira hiburan la jugak. Nama kumpulan nasyid akak-akak tingkatan enam 2011 ini ialah Geng Setia di Maahad. Adeh. Zuqqq terasa ke hati. Taulah kitorang yang pakai baju biasa ni tak ambil STAM, sekaligus seolah-olah tak setia lagi dengan Maahad !


Untuk gambar Geng Setia di Maahad yang lebih jelas, ni ha! Alah, sebaya dengan I je. Cuma dorang nampak lebih muda sebab pakai baju sekolah. Walhal, umur sama je! Syarifah Aimi yang kiri sekali tu, lahir bulan 8 jugak! 31 hari bulan lagi you! Patriotik tak? ;)

Dari kiri, Aimi, Opie, Anis (berdiri), Ainul, Faizah dan Kamilah :) Anda chomelll lah! ;)


OKAY, FINE! Ni cabutan bertuah! Diorang dapat, and hampir semua tingkatan enam yang SEBAYA dengan saya dapat, tapi SAYA TAK! Sekian, harap maklom! :'(


Ni antara adik-adik kesayangan hamba :) Sayangs Kak Yam yang lain, sila jangan kecik ati. Sape suruh tak mendekatkan diri dengan Kak Yam? :P

Hanan, pipi awak nampak tersembul la. Pakai blusher ke? ;)


Ini KAMI. KAMI SEMUA ! Ya ALLAH, simpulmatikanlah ukhuwah antara kami. Jangan ada antara kami yang terputus hubungan. Amiin :)

Saya sayang anda semua! U girls chomellll! ;)


Okey. Gambar last ni ditujukan khas buat bonda terchenta. Mak, ada gaya kan adik pegang makhluk ni? Nak satu nak satu nak satu!! Plis plis plis??? *muka gedik mengada-ngada :D

By the way, huge tengs to adinda Mustasyar Khalesa for the idea of this pose. I like it, adik. And tengs to adinda-adinda yang lain kerana mengambil gambar ini untuk Kak Yam. Anda memang cute lah! Like elder sister like younger sisters la, kan? ;)

Sepanjang lebih dua jam bertapa di sekolah, dua orang tegur saya, kuatnya berFB. Aduhaii. Salah dorang daripada mereka tu, ex-KP pulak tu. Aduhh.. Malu, malu, malu! Rasa nak sorok muka comel ni bawah meja! Mwahahahaha :D Tetiba rasa nak insaf kejap. KEJAP.

Kesimpulannya, alhamdulillah :) Majlis berlangsung dengan lancar dan rindu pada adik-adik dan sahabat-sahabat berjaya dilepaskan. Terima kasih untuk ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk semua ni. Terima kasih kepada ustaz ustazah kerana masih sudi menjemput saya, dhabitah buruk ni :D Terima kasih kepada teman-teman yang masih sudi menghadiahkan gelak ketawa :)

Kepada insan-insan teristimewa, Nadia Amilin, Irna Sofia, Aliah Amirah dan 'Awatif Madihah, post ini untuk anda. Sila baca dan enjoy. Dan kalau nak menangis pun xpe. Sebab anda semua memang rugi sebab tak pergi. Terutamanya Nadia Amilin yang tak hadir majlis ni dengan alasan comel beliau! :P

Insya ALLAH, ada jodoh, ada rezeki, kita jumpa lagi, SAYANGS ;)

Jazakumullahu khairan kathira.

Wallahu'alam, wassalam~

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template