Monday, May 2, 2011

For the first time, I read something for reason.

Peace be with you.

Saya maklum, entry saya yang bertajuk I Hate Hlovate mendapat sambutan yang agak ok. Maksud saya, berbagai feedback yang saya terima. Ada yang suka, tapi ada jugak yang memohon penjelasan saya dek kerana tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Tak mengapalah. Pendapat masing-masing, kan? :)

Hlovate, sang penulis yang misteri, kini muncul lagi. Masih dengan rentetan misterinya, namun dengan tujuan yang jelas. Beliau kembali dengan sebuah novel untuk manusia-manusia yang mahu mencari Tuhan.


Dua kisah, satu buku. Saya baru sahaja menamatkan kisah Affendy aka Fend. Belum larat untuk menyambung pembacaan demi menyelami hikayat K2 (read : K Square). Kenapa? Apa yang dibaca sehingga Isyak semalam, rasanya perlu dihadam dulu.

Novel ini, bukan untuk anda jika anda mahu mencari novel cinta biasa.
Novel ini, bukan untuk anda jika anda berniat mahu mengetahui kisah Fend dan Lia.
Novel ini, bukan untuk anda jika anda mengharapkan hikayatnya sama seperti hikayat cinta Addin dan Benz dalam Aa + Bb, atau Ana dan Afiq dalam 5 tahun 5 bulan.

Novel ini, untuk anda jika anda mahu mencari diri anda di sebalik helaian muka suratnya.
Novel ini, untuk anda jika anda mahu bermuhasabah.
Novel ini, untuk anda jika anda mahu berubah.
Novel ini, untuk anda jika anda mahu menukar pesepsi tipikal anda.
Novel ini, untuk anda jika anda mahu mencari dan lebih mengenali Tuhan anda.

Hlovate tidak menunjukkan arah untuk anda menemui Tuhan anda, tapi beliau menunjukkan cara untuk anda sampai kepada Tuhan anda.

Seriously, for the first time saya sepanjang hidup saya membaca novel, sungguh saya rasakan, ini novel pertama saya yang saya baca bukan untuk sia-sia.
Saya baca novel ini bukan untuk mengisi masa semata-mata.
Saya baca novel ini bukan hanya suka-suka.
Saya baca novel ini bukan untuk menghidang kisah cinta pada jiwa.
Tapi ALLAH takdirkan saya baca novel ini, kerana ALLAH mahu saya jumpa sebahagian diri saya yang hilang.

"Kalau boleh baca novel sampai menangis, patutnya baca Quran lebih daripada tu..."

Bila anda baca novel ni, anda akan rasa anda tak mahu jadi the man who decides to change at 12th dies at 11th. Hanya orang bernasib baik akan sedar at 10th. Hanya orang yang benar-benar terpilih untuk kembali padaNya dengan hati yang bersih dan jiwa yang sedar. Dan tak mustahil kita tak tergolong dalam golongan itu. Golongan yang sempat berubah.

Again, I am speechless. Bacalah sendiri. Anda akan faham. Meski ada beberapa frasanya anda akan buntu, tapi semua tu tak penting. Yang penting, ada faham ceritanya, serta mesej yang dikepilkan dalam novel ini, sampai terus ke dalam hati anda.

Hlovate, terima kasih. Magisnya bakat anda, mampu mengalirkan air mata keinsafan. Banyaknya pahala! Sungguh, tak semua penulis mampu mengalirkan air mata keinsafan pembaca mereka. Terima kasih.

Jazakillah khairan kathira.
(tak siapa tahu tentang Hlovate, selain sebaris namanya. Hatta jantinanya, masih berteka-teki!)

Pembaca,
kalau anda rasa tak berbaloi baca Contengan Jalanan,
banyak lagi novel lain yang sebenarnya tak berbaloi untuk anda baca.

ALLAH, terima kasih. :)

People, lepas 5 Tahun 5 Bulan, Aa + Bb, Tunas, Rooftop Rant, Versus dan cerpen dalam Gurindam Jiwa dan Pelangi, ini merupakan novel Hlovate TERBAIK, yang saya paling suka.

Malah, dalam semua novel yang saya ada, ini yang paling memberi kesan di jiwa.

Tetiba rasa nak berdiri tepi pantai, dengan belon helium hitam di tangan, dan kepilkan sehelai nota bertulis,

Dear book,
I read you for a reason.
No matter what the tears for,
I know that is one of His signs,
that shows,
He still loves me.
And might be,
He misses me.
And He wants me to go back for Him.
For good.
I thank you.

Kemudian, ikat pada belon, dan lepaskan ke langit. Biar utusan ini, dibawa jauh oleh bayu pantai. Utusan kepada Tuhan, mungkin?

"Kita selalu rasa kita watak putih yang disebut dalam Quran tu.. Wahai orang-orang yang beriman.. Tapi bagaimana kalau kita sebenarnya pemegang watak-watak hitam yang disebut? Orang-orang yang rugi, orang-orang yang fasik, munafik .. Hatta nak letakkan diri dalam watak kelabu pun rasanya tak layak." - this is not the real words from Contengan Jalanan. But this is one of the message that I received from this novel.

***

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Maaf, anda mungkin kurang mengerti post ini. Luahan perasaan, mungkin?

5 love letta(s):

fadlin sakina said...

okeh. nti nk g cri kt smo.huhu

Maryam Kamal said...

ok.

goodluck
smg ada.

sbb kat pesta buku antarabangsa pun buku ni sold out :)

fadlin sakina said...

aiseh.
ok2. tq

wan atikie said...

rase x saba nak bce ugop...huhuhu...bace tulisan yam pun dah dpt rase betapa magisnya tulisan hlovate kali nie

Maryam Kamal said...

iqah, beliau punye writing jauhhh lebih hebat! terus, direct sampai ke hati. insya ALLAH :)

baca jangan tak baca ;)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template