Tuesday, April 26, 2011

Sir, I have finished that book. Would you like to listen the 17th chapter and afterwards? :D


Assalamualaikum wbt :)

Ya, entry ini masih lagi berkaitan dengan Valentina Nervosa oleh Nurul Syahida itu. Harap maklum :)






 Dan harap maklum juga ya, saya menulis entri ini bukan kerana penulisnya ada meninggalkan komen di entri yang berkisar tentang temuduga saya kelmarin. Plot entri ini sudahpun terangka dalam minda sejak saya menamatkan buku VN ini tengah hari tadi.

Kemudian,baru saya teringat sesuatu. Saya lupa nak minta akaun Facebook penemuduga saya yang comel dan baik itu :D

Okey, okey. Maryam, sila sedar diri. Balik ke topik :) This entry is kinda of my review towards this novel. Pelik, kan? Mana pernah MK buat review novel di belog beliau, kan? Tapi, entahlah. Lepas tamatkan VN ni, macam-macam rasa ada. Jadi, nak kongsilah sikit dengan korang yang sudi baca. Boleh, kan? ;)

***

Saya mengikuti novel karya NS selepas jatuh suka dengan cara beliau menulis dalam Plain Jane. Bagi spesies Plain Jane yang sama, saya boleh faham apa yang Balkis lalui dalam novel tu. Apabila NS berjaya membawa saya ke dalam dunia Plain Jane, seharusnya segulung tahniah harus diberikan kepada beliau! :)

Selepas Plain Jane, muncul karya NS yang paling saya suka. Aku Kan Novelis... Watak Safiah dan Roul. Bagi saya, Roul cukup manis. Berkilogram gula, barangkali! Dan, saya suka! Tak kisahlah kena diabetes pun :D

Justeru, apabila ke KLIBF baru-baru ni, segera saya mencari nama Nurul Syahida di rak buku Prima. Jujur cakap, masa tu tak ingat pun lagi tajuk novel ni. Patutlah penemuduga saya pun tak ingat frasa ni :D

Okey, ada! Dan dalam 11 novel yang dibeli di hall Karangkraf, saya pilih untuk baca yang ni dulu :) Nasib baik tak baca Cinta Yang Kurasa, atau Melodi Lirik Kasih.. mesti nak bagitahu penemuduga pun segan. Kantoi pulak suka baca novel cinta. Hisy! :D

Secara keseluruhannya, plot VN teramat perlahan. Begitu teliti NS membawa saya melayari kekecewaan Mariyyah, atau Mayang, atau Maya yang kecewa dengan Najmuddin, setelah Najmuddin memutuskan untu berpisah dengannya pada hari Valentine selepas tujuh tahun mereka bercinta. Ya, tujuh tahun as in sejak umur 17 tahun. Mereka putus pada usia 24 dan Mariyyah hanya pulih pada umur 27. Bertemu dengan Razif yang sebenarnya pada umur 28, dan berkahwin pada umur 30.

Bahagian yang paling best dalam novel ni adalah apabila Mariyyah mengkantoikan Soraya dan Nazaruddin yang bersayang-sayang dalam restoran. Balik rumah, dikejutkan pula dengan cerita tunang Faizah, Wan Amer Akram. Wan merupakan tunang Faizah, manakala Amer merupakan lelaki yang membuatkan Mariyyah jatuh cinta kali kedua, selepas Najmuddin. Mariyyah tahu tentang Amer, tapi tidak tahu lelaki itu tunang teman serumahnya, sebab dia tidak tahu Wan dan Amer merupakan lelaki yang sama. Faizah hanya tahu tentang his only number one, tanpa mengetahui Mariyyah kenal Amer. Dan, Wan Amer itu, tahu dan kenal kedua-duanya, malah sayang kedua-duanya. Namun Amer memilih Faizah dengan alasan Mariyyah wanita yang lebih kuat dan tabah untuk menghadapi situasi ditinggalkan orang yang dicintai.

Masa ni, rasa nak cekik Amer. Lepas dia jumpa mak ayah Mariyyah, dan kononnya menjadi calon menantu yang lebih baik berbanding Faris si kerani, hantar Mariyyah balik ke rumah sewanya kembali yang juga rumah sewa Faizah, berkongsi cerita tentang Pakistan dan penipuannya manakala Mariyyah sendiri, asal ada masalah, cari Amer, tahniah untuk NS sebab berjaya mencampur-adukkan perasaan. Hoo yeahhh!

Lepas Mariyyah kecewa dengan Amer, barulah watak Razif yang selama ni pemalas tahap gaban dan mengerikan (selepas berlakunya insiden di rak sup segera tu) dihighlightkan. Barulah nampak sisi sebenar seorang Razif. Tak banyak pun cerita yang menarik tentang percintaan dua tahun Razif dan Mariyyah, sebab pembaca hanya diberitahu tentang tu hanya apabila mereka dah selamat kahwin. Ceh! Tak sempat nak beromantik :D

Last but not least, saya agak kagum dengan pengetahuan NS. Ramai yang guna Bahasa Inggeris dalam novel mereka, tapi tak ramai yang guna Bahasa Arab, bahasa Al Quran tu. Apatah lagi Bahasa Urdu dan Pashto. Tak ramai yang tahu bagaimana seorang lelaki bercakap secara lelaki yang sebenarnya, hingga ada bahagian yang membabitkan percakapan oleh lelaki, tak kiralah Amer, Najmuddin, Nazaruddin, Abang Aziz mahupun Razif, kekadang saya terasa bagai lelaki yang sebetul-betulnya sedang menulis dialog ini. Ye lah, cara percakapan lelaki dan perempuan kan, berbeza? Well, again, congratulations for that! :)

Berjangkit daripada Aku Kan Novelis, saya rasa VN juga mengangkat tema yang sama. Seseorang itu bermasalah, apabila betul-betul dia bermasalah. Bukan kerana dia suka-suka nak bermasalah. Roul misalnya, dengan mata merah sebelah, pakai jeans koyak rabak dan merokok, dia betul-betul berbeza dengan Zarul yang sebenarnya. Kenapa? Kerana mungkin dia dapat kepuasan dari situ, setelah terpaksa menanggung adiknya, selepas kematian ibu bapa mereka. At the end, Roul berubah jugak. Penangan cinta Safiyyah, Roul akhirnya jadi Zarul balik. Zarul, lelaki normal yang tampan tanpa mata merah sebelah :)

Razif pun sama. Masa mula-mula dibayangkan watak Razif ni, scary amat siyhhh! Pakaian yang menakutkan, dengan jeans yang dipakai tiga hari berturut-turut, dan dengan jambang dan misai yang tak tercukur. Tapi, masa memula Razif mengurat Mariyyah, pakaiannya lebih kemas, meski jambangnya masih ada. Ala, jambang ala-ala Brad Pitt tu ;) Dan lepas kahwin, ada scene Razif baru lepas bercukur. So, no more beard and for sure, he will be more handsome ! :)

Berjangkit jugak daripada Aku Kan Novelis, di mana Safiah dan Roul terperangkap dalam kesesakan jalan raya selama berjam-jam lamanya, dalam VN ni, Mariyyah dan Amer terperangkap di tangga kecemasan apabila pihak pengurusan pusat membeli-belah mengunci pintu untuk keluar dari tangga kecemasan itu. Sementara menunggu ianya dibuka kembali, sempat lagi Amer mendeklemasikan puisi tulisan Mariah kepada Amru bin Asr kepada Mariyyah.

Berjangkit juga daripada Aku Kan Novelis, perlukah setiap teman baik merahsiakan hal percintaan mereka daripada teman baik, demi tidak melukakan hati teman baiknya, andai teman lelakinya berkaitan dengan teman baiknya? Er, boleh faham tak? :D 

Oh ya! Ada satu muka surat tu, ditulis nama Din, Najmuddin Mukhtar. Tersilap rasanya, sebab Najmuddin Hussam. Mukhtar tu, ayahnya Mariyyah. Kan?

By the way, terima kasih kerana tidak memilih Amer untuk dijadikan pasangan Mariyyah. Bukan nak menghina golongan ini, tapi saya rasa lelaki berambut lebih sesuai dijadikan hero :D Wahai lelaki, atau anda yang berkaitan dengan lelaki yang tidak mempunyai rambut di kepala, no offense ya! :D

Sesi menyelitkan novel-novel terdahulu NS juga menarik. Dengan sedar, NS selamba sahaja mengatakan bahawa cerita Plain Jane, di mana gadis biasa yang mahu bercinta dengan lelaki kaya, adalah klise. Ada juga diselitkan tentang Aku Kan Novelis.

Erm, Kak NS.. anda selalu sangat sebut perkataan 'touche'. What is that? And how to pronounce that? Ta-uch, atau to-che?  Juga beberapa perkataan lain seperti shiznits dan pfft. 

Ada satu part, di mana Mariyyah jumpa Naza, dan Naza kata dia akan kembali pada Soraya, hanya apabila Mariyyah sudi kembali pada Najmuddin. Mariyyah terkejut, dan Naza segera kata, 

"Tak payah fikirkan. Abang bukan nak suruh Mariyyah kahwin paksa. Haram." (ms 495)

Baca dialog ni, saya sengih. Entah betul atau tidak, tapi saya rasa NS sedang sindir golongan penulis Malaysia yang setahun dua ni suka buat cerita kahwin paksa. Dan nampaknya, NS bukan salah seorang daripada golongan penulis Malaysia itu. Yelah, saya tak maksudkan semua. Tapi adalah segelintir.

Dekat belakang tu, yang 'Hubungan pun macam tu, Maya' , ianya dibilang oleh Razif, bukan Amer. I'm sure the novelist knows this, but not all the readers. So, readers. I'm telling you :)

Girls, ceritanya terlalu susah untuk dijelaskan satu persatu. Anda kena menyelami masalah Soraya, Faizah, Amer, Ayu, Kak Iryani, Razif, dan Mariyyah sendiri yang terlalu banyak simpang dan cabangnya. Dalam ramai-ramai watak tu, hanya Hazwanie si geng iklan ubat gigi Colgate saja yang tak dinyatakan masalahnya, selain daripada jeansnya yang harus dijahit oleh Soraya. :D

Anda sendiri kena masuk ke dunia VN ini. Jangan risau, NS dah tahu bahawa Valentine's Day tu haram disambut. Bahkan kalau ada antara kita tak tahu, anda akan tahu melalui buku ni :) Jadi, sila baca buku ini sendiri. Pinjam? Haha. BELI SENDIRI! *sila baca sambil jegil mata dan kacip gigi :D *

Ok, needless to say, saya tahu entry ni panjang sangat, kan? :D Maka, bagi anda yang sudah baca hingga ke tahap ini, sila senyum. Entri ini akan tamat sebentar lagi. Sila bersabar :)

Dalam banya-banyak novel NS, saya paling suka Aku Kan Novelis. Plain Jane dan Valentina Nervosa bagi saya, biasa-biasa saja daripada NS, tapi jika dibandingkan dengan novel penulis muda lain, PJ dan VN mendahului carta dengan markah yang lebih sedikit. Kenapa? Kerana intermonolog atau monolog dalaman dan juga pemerian yang ada dalam setiap novel NS, mesti akan membuatkan anda senyum. Beliau bukan hanya menjelaskan keadaan dan memberitahu maklumat, tetapi juga membuat jenaka yang santai. Dan, saya sukakannya! :)

[Perenggan ini ditujukan buat cik novelis, in case beliau masih sudi berkunjung ke sini lagi :D ]
Cik Nurul Syahida Kamarudin, terima kasih kerana sudi berkongsi bakat anda. Terima kasih kerana menulis. Terima kasih kerana menghasilkan novel yang mengacau-bilaukan hati bila membacanya, tanda diri ini normal. Terima kasih kerana menghargai bakat anda. Selamat maju jaya! :)

Friends,
Valentina Nervosa bukan sekadar sebuah novel tentang seorang gadis yang kecewa. Tapi ianya turut menyelitkan babak-babak yang kita tidak sangka akan ada dalam sebuah novel. Saya faham andai ada antara kita ni tak faham dengan cerita ini, sebab ada jugak kawan saya tak faham dengan Plain Jane. Tapi ketahuilah, apabila anda faham, anda juga akan faham bahawa novel ini hampir real di alam realiti. Tak ke-NOVEL-an sangat. Happy ending tu, biasalah. Kang kalau buat sad ending, korang bakar buku ni pulak. Bakorrrr ! :D *tetiba rindukan Kak Limah dan Usop Wilcha ;) *



People, thanks for reading. 

A good thing about knowing the authors and the novels is, you have the talent to tell people something that u know, that might be they don't. So, why don't u spread that something? And it will be better, if u spread something good in a good way :) 

Wallahu'alam. Wassalam~

p/s : Ada kemungkinan tak encik-encik penemuduga saya tu baca belog ni? Harap-harapnya tak laa kan, supaya mereka tak tahu. Things that they don't know, won't hurt them ;)

p/p/s : Ya, saya tahu masih ada spelling error di sana sini. Adehh. Tak larat dah nak betulkan. Mana taknya, jumpa satu error, cepat2 edit post. Then view balik. Dan proses tu berulang lagi bila jumpa error yang lain. Nanti kalau rajin, saya betulkan next time ya? Asalkan anda faham, okey la tu! *gaya Saida AF :D *

5 love letta(s):

AA said...

beruntung penulis yang bukunya dibaca oleh Maryam. Boleh dapat review yang 1st class! (:

Maryam Kamal said...

panjang berjela ni.. er.. miss.. madam? sir?

misteri sungguh! tapi sungguh, ni bukan first class. ni BERJELA :D

Sheeda Minhaj said...

well adik yang bernama Mariam, you should team up with me, kita buat satu Fan Club untuk kak Nurul Syahida@Kak Shai..hhahahha...sebab you are totally 100% sama macam akak...daripada 5 buah novel yang dah akak sebat waktu KLIBF arituh, akak pon pilih untuk baca VN dulu dan akak rasa seolah2 akak dah mula jatuh cinta dengan Razif itu sendiri bermula dari part dia menemani Mariyyah pergi jumpa Datok Kasanova tuh...macam tuh jugak dengan Roul, akak plak cam addicted dan admiring dia sungguh2!Akak ingatkan akak adalah satu2 nya manusia yang macam orang angau dengan segala apa yang kak NS tulis (sampai sume entry dalam blog dia akak baca...dari mula sampai the latest punya!)hhahhah...dah baca SOALNYA HATI?first novel from kak NS dan akak pon jatuh cinta gak ngan hero cita tuh...kak NS memang lain daripada yang lain...VIVA FOR HER!(a bit dissapointed as I missed a great chance to get kak NS's autograph during her booksigning session in KLIBF...hope for next year)...apa2 pun..akak suka cara awak menulis..gud luck and semoga dapat apa yang awak nak

Maryam Kamal said...

terima kasih, akak :)

fadlin sakina said...

salam..
me too!
suka giler2 dgn NS's novels!! >_<!
espcially AKN..hehe.
PIAN, ROUL, JEB..ah..sweet sgt2!!

*suka cara awk mnulis..the way u xpress what u feel.. =)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template