Thursday, April 28, 2011

Saya tak dapat matriks, sekian harap maklum :D

Assalamualaikum wbt.

Seantero Malaysia rasanya dah maklum, 28 April merupakan tarikh Semakan Kemasukan Matrikulasi 2011. Ye, 28 April. It means, today. I repeat, TODAY.

Jam 7 pagi tadi lagi, Irna dah mesej saya suh cek matriks. Then Huda msg bgtahu dia dapat matriks. Saya buat biasa je. Takde eksaited langsung :D

Tapi masa nak masukkan IC tu, ketar la jugak. haha. Bajetla tak berdebar langsung :D

Then, tak baca dah apa dia cakap. I get the point, bila dah terpampang HARAP MAAF. Tak dapekla tu, kan kan kan?

So, people! Dengarlahhhh!

Saya, SITI MARYAM JAMILAH MD KAMAL, nombor sijil kelahiran J84**71 , tak dapat tawaran matrikulasi, ok! 

Sekian atas makluman, harap maklum :)

Maka, kepada sesiapa yang baru nak tulis di wall saya, atau yang nak bertanya secara private di groups, atau yang nak chat di chatbox, atau yang berura-ura nak buzz di YM, dengan niat nak tanya soal matrikulasi saya, harap mengerti la ye! ;)  * bajetla ade org nak concern pasal matriks aku! :D *

Frust? Mungkin tak. Kalau ada pun, sikit je kot. Maryam kan.. bila apply sumthing, ada jugak menaruh harapan. Tapi takde la kecewa sangat, sebab kalau dapat pun, kemungkinan besar tak pegi. Maka, ALLAH dah aturkan elok2, kan? Kalau saya dapat, mungkin menutup peluang satu orang lain yang lebih layak. Kalau saya dapat tapi tak pergi, rugilah, kan? Jadi, DIA dah tahu dan tetapkan segala-galanya. Kira kena redha je. Tunggulah, adalah rezeki lain yang lebih baik yang DIA nak bagi, kan? Insya ALLAH :)

Jadi, kepada yang senasib dengan saya, rileks je. Percaya pada ketetapanNYA. Yakin pada rezekiNya. Insya ALLAH!! :)

Kepada yang berjaya mendapat tawaran matrikulasi, tahniah! Tapi sebelum mendaftar, anda akan berpeluang membuat pilihan sama ada untuk ke matrikulasi atau ke universiti apabila keputusan UPU akan diumumkan 6 Mei depan. Pilihlah yang terbaik. Mintalah hidayah daripadaNYA. DIA Maha Mengetahui (,") (",)

Oke then. Sekian, terima kasih :)

Wallahu'alam. Wassalam~

2 love letta(s):

qyqa said...

betoiii,,,
x pa,,,ang jadi cikgu TESL... =)

Maryam Kamal said...

insya ALLAH.

nak jadi lawyer ka.. bulih? :D

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template