Wednesday, March 9, 2011

Untuk Yang Terakhir Kali Edisi II

Assalamualaikum wbt.

Haa.
Kalau entri sebelum ni, dok cerita pasai orang yang berjawatan yang saya jumpa di AMSA nun,
entri ni nak cerita pasai kawan-kawan baru yang saya kenai di AMSA nun.

Let's start with my twin!
:)

Nama diberi Maryam Afifah.
Wah!
Dia ni saya kenal masa kelas KPP lagi.
Tengok muka saya je, terus dia senyum.
Dalam konfius, saya balas balik senyumannya.
Ingatkan saya kenal dia ke, apa ke, dan saya terlupa ke.
Rupanya dia ni memang mesra orangnya.
Alhamdulillah.
Kenal dia, taulah serba sikit tentang dia.
Tapi kami terpisah, lepas dia masuk kelas kereta, tapi saya kena masuk kelas motor dulu.
Maryam, see u later!
:)

Kemudian,
saya kenal Kak Shikin.
Akak ni, dok ambil Ijazah Perguruan Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Sungai Merab, Bangi yang sejengkal katak je dari AMSA tu.
Melalui Kak Shikin juga saya timba sedikit sebanyak pengetahuan tentang cara-cara nak apply masuk maktab.
Alhamdulillah, akak ni membantu :)

Melalui Kak Shikin, saya kenal Kak Sakinah.
Mereka sebaya, 21 tahun tak silap saya.
Kak Sakinah pun dok belajar lagi, sama macam Kak Shikin.
Bezanya, Kak Sakinah dah kahwin dengan ustaz yang dulunya satu maktab.
Ustaz tu sekarang dah mengajar kat Sarawak.
Mudah je jodoh Kak Sakinah ni ya, alhamdulillah :)

Kemudian, di kelas kereta, saya kenal pulak Amirah dan Syakila.
Haaa, ni TERbaik!
Masa mula-mula jumpa, kitorang bertegur macam tu je.
Bersembang pun dengan Miera je, sebab Kila nampak macam kasar dan boyish sikit.
Bila jumpa dalam FB, Kila add saya,
alamak!
Jadi rapat pulak.
Mak cik ni peramah rupanya!
Bila jumpa Kila di AMSA, siap berpeluk lagi di tengah-tengah litar tu.
Haha.
Macam kontra sangat dengan Kila yang mula-mula saya jumpa.
Dengan Miera pun makin okey.
Alhamdulillah.
Insya ALLAH, Jumaat ni kitorang bertiga test sekali :)

Semoga semuanya lulus dengan cemerlang, insya ALLAH ! :)

Terbaru, saya jumpa ...
Er.. siapa eh nama dia?
Masya ALLAH, macam mana boleh lupa nih?
Astaghfirullah!
Okey, nama dia MUNGKIN Afifah. Tapi ada kemungkinan salah.
Hehe.
Ampun ya!
Melalui dia ni, saya kenal Hidayah.
Hidayah merupakan lepasan SPM yang kedua yang saya jumpa, bekerja lepas SPM.
Yang pertama ialah Syakila tu.
Mak cik tu keje kat kantin sekolah rendah dekat Putrajaya nun.
Dayah ni pulak kerja kilang.
Aduh, macam-macam, kan?
Betapa mereka berusaha untuk mencari rezeki!

Dan akhir sekali,
saya kenal Kak Naimah.
Baru dapat result STAM dan sedang menunggu untuk melanjutkan pelajaran.
Baik akak ni!
Saya rasa dia kenal saya masa saya jatuh motor hari tu. 
Dan hari Isnin tu, dia tegur saya macam dah lama kenal.
Aduhaii.
Baik sungguh!

Alhamdulillah, yang saya jumpa semua sepesen dengan saya.
Stail pakai t-shirt labuh-labuh, pakai tudung bidang 60, pakai stoking dan stongan bagai..
Alhamdulillah.
ALLAH masih nak pelihara nampaknya :)

Bermakna jugak la kembara saya ke sini.
Ada hikmahnya jugak saya meninggalkan STAM untuk terus berada di sini.
Ilmu ALLAH ada di mana-mana, kan?
Tak semestinya di bilik darjah sahaja, kan?

Maka, ayuhlah kita sama-sama belajar daripada setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita.
Benar, ada hikmah yang tersembunyi, ada pengajaran dan ilmu yang menanti. 
Cuma kena pandai mencari dan menggali.
Kan?

Sekian, itu sahaja.

Agak peribadi kan?
Tapi tak mengapalah.
Ada ilmu di sebalik semua ini.
Maka,

selamat mencari dan menggali ya!


Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Insya ALLAH, Untuk Yang Terakhir Kali Edisi III akan dipost usai TEST JPJ Jumaat ini. Doakan saya dan kawan-kawan yang terlibat dalam test Jumaat ni LULUS semuanya, ya! Insya ALLAH. Terima kasih. Jazakumullah khairan kathira :)
:)

2 love letta(s):

dotchinka said...

"kawab buruk" jangan dilupa :(

Maryam Kamal said...

insya ALLAH, sentiasa ada di jiwa, mesti lenyap di mata :)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template