Thursday, March 10, 2011

Kapten.

Assalamualaikum wbt.

KAPTEN.

Entah sejak bila,
gelaran itu tiba-tiba menjadi idaman.
Menjadi pujaan.
Tanpa segan-silu, selalu saya letakkan gelaran itu di pangkal nama.

Ya.
Maka, jadilah saya,

Kapten Maryam Kamal.

Seperti yang dikatakan tadi,
entah sejak bila saya menyukai gelaran itu.
Seterusnya mendorong saya untuk menjadikan juruterbang sebagai cita-cita.
Padahal sejak zaman sekolah rendah lagi, diri ini menggedik nak jadi peguam atau cikgu.
Tapi masuk ke sekolah menengah, tetiba rasa nak jadi pilot.

Tambah pula, masa tu nama Moana Ishak tengah meledak.
Ya, juruterbang wanita batch pertama!
Kemudian, saya kenal Nor Hafizah Idrus dan beberapa orang lagi wanita yang menjadikan juruterbang komersial sebagai kerjaya.

Persepsi dahulu, juruterbang ni sosial orangnya.
Iyalah, terbang ke sana ke mari, jumpa pramugara pramugari yang menawan di negeri orang, 
makinlah iman susah nak dijaga!
Namun, Kapten Hafiz Firdaus Abdullah menyangkal semua itu.

Beliau, kapten pesawat Malaysia Airlines, namun pada masa yang sama menjadi rujukan agama di beberapa buah majalah.
Beliau menjadikan musafir beliau ke negara-negara baru sebagai platform untuk beliau lebih mendalami Islam.
Bukan hanya tertakluk Islam di Malaysia sahaja, namun Islam di seluruh dunia!

Dan, saya makin galak dengan cita-cita ini.
Saya kerap kali mencari gambar pesawat baru di internet, saya semakin suka berkunjung ke lapangan terbang semata-mata untuk melihat kapal terbang mendarat atau berlepas, atau kalau boleh lihat juruterbang dan seragamnya sahaja sudah mencukupi!
Kemuncaknya ialah apabila saya membina sebuah blog yang saya ceritakan pelbagai rasa yang saya hadapi semenjak menyimpan cita-cita ini.

Dijadikan kisah, 
di sekolah agama saya yang semuanya perempuan itu,
saya ketemu juga beberapa insan yang bercita-cita seperti saya.
Mahu menjadi juruterbang.

Antaranya, adik ini :
Dan sahabat yang paling akrab, Fareeha Aisyah, merupakan insan pertama yang saya tahu berkongsi cita-cita yang sama dengan saya.
Kerapkali kami memanggil sesama sendiri dengan panggilan itu.

Ya.
Kapten.

Saya sendiri kurang maklum, setinggi manakah keinginan kami untuk mencapai cita-cita itu.
Adakah sekadar minat, atau benar-benar serius mahu menjadikannya sebagai kerjaya?

Semakin membesar, saya makin mengerti caturan hidup ini.
Hidup bukan hanya untuk sehari dua.
Bukan semua benda yang kita mahu, kita mampu capai dan gapai.
Adakalanya, ada masanya, ada bendanya, 
sesuatu harus kita korbankan.

Dan kali ini, saya harus lepaskan minat dan cita-cita ini setelah memikirkan baik dan buruknya.

Untuk menjadi juruterbang komersial, soal pemakaian menjadi agenda utama.
Harus berpakaian ringkas dan kemas, supaya tidak mengganggu semasa penerbangan sedang dijalankan.
Maknanya, tak boleh nak baju atau tudung labuh-labuh.
Baju masuk dalam seluar, tudung masukkan dalam baju.
Ha, mesti ada yang terdedah kan?

Maka, 
kami kemudiannya akur.
Biarlah orang lain menggalas fardhu kifayah ini.
Lagipun sudah ada yang sanggup, sudah ada yang benar-benar menjadi juruterbang wanita.

Kenapa tiba-tiba bercakap soal ini, ya?

Kerana saya sengaja teringatkan agenda minda dahulu.

Beriya-iya kami nak jadi pilots.

Namun, sekarang?

Fareeha sedang menempa nama sebagai Ustazah Fareeha Aisyah Al-Hafizah!
Sedang menghafal Al-Quran di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru.

Kontra amat, kan?

Saya?
Saya pula, masih merencana masa hadapan.
Usai usaha dalam SPM, kini usaha pula dalam permohonan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian yang layak.
Insya ALLAH, dengan izinNYA, layaklah saya ke mana-mana yang DIA tentukan,
dan pastinya, yang terbaik buat saya.

Ya.
Nampaknya kami terpaksa lepaskan gelaran itu.
Kapten, hanya idaman.
Bukan kenyataan.

Mungkin lepas ni, anak-anak kami yang akan jadi perintis pilots muslimah?
Insya ALLAH, ada rencana ke arah mewujudkan syarikat penerbangan wanita sahaja.
Wah wah wah!
Angan-angan setinggi langit, kan?
Moga usaha yang mengiringi setimpal dengan anganan yang tinggi.
Maka, selamat berjaya diucapkan kepada Ustazah Fareeha Aisyah!
Semoga dapat dipertahankan gelaran Al-Hafizah itu hingga ke akhir usia.


Semoga kita semua dalam peliharaanNya.
Insya ALLAH.


Ni sahabat-sahabat tercinta.
Bukanlah semuanya ni nak jadi pilots,
cuma saya sukakan pose ini!
:)

Sekian, terima kasih.

Wallahu'alam,
wassalam~

2 love letta(s):

Bicara Hati said...

hahaha

at least prnah ad keinginan..mndidik hati berjiwa bsar gitu...:)

tetap mrancang dan mnyerahkn pada DIA
tuk beri y tbaik..

prnah ketika dahulu hati ini nk sgt jd tentera udara..sbb bulih blaja bwa kapal y bulih terbang..heheh

time form 4.. Tapi keizinn ALLAH ut diri ini terjun dlm engineering..
Alhmdulillah..disini sy kenal org bernama MARYAM KAMAL..Alhmdulillah..huhuhu

ALLAH pasti akn beri y tbaik utk kita..selamt melakar cita2 baru...:)

Maryam Kamal said...

juruterbang tentera udara?
erm... macam menarik jugak tu! hehe :)

syukran kak nia! ;)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template