Monday, March 14, 2011

Kadang-kadang.

Kadang-kadang kita rasa,
mak ayah orang lagi best daripada mak ayah kita.

Kadang-kadang kita rasa,
abang kakak adik orang lagi best daripada abang kakak adik kita.

Kadang-kadang kita rasa,
nenek datuk orang lagi best daripada nenek datuk kita.

Kadang-kadang kita rasa,
barang-barang orang lagi best daripada barang-barang kita.

Kadang-kadang kita rasa,
kawan-kawan orang lagi best daripada kawan-kawan kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Cikgu-cikgi orang lagi best daripada cikgu-cikgi kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih menawan berbanding kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih bijak daripada kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih sihat daripada kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih kaya daripada kita.

Kadang-kadang kita rasa,
Orang lain lebih rajin daripada kita.

Kadang-kadang kita rasa,
baju raya orang lagi best daripada baju raya kita.

Kadang-kadang kita rasa,
siaran Astro orang lagi best daripada channels tv kita.

Kadang-kadang kita rasa,
games di laptop orang lagi best daripada games di pc kita.


Kesimpulannya,

KADANG-KADANG KITA RASA,
ORANG LAIN LEBIH BERNASIB BAIK DARIPADA KITA.

Kalau orang lain punya, mesti lebih baik punya!
Tapi kalau kita yang punya, mak aiii!
Itu tak molek, ini tak elok!

Kenapa, ya?

Kerana, kita semua manusia.
Takkan pernah puas dengan apa yang ada.

Aku cemburu dengan kau, kau dengki dengan aku.

Tak kisahlah iri hati tu spesies baik ke tak, tapi kita sama-sama kita, mesti ada yang kita tak puas hati! Kan?

Tapi percayalah, kita takkan dapat yang terbaik sepanjang masa. Kena bagi pada orang lain jugak, kan? Kalau semua yang baik ada pada kita, habis tu apa yang ada pada orang lain? Secara tidak langsung, kita dah pun bertimbang rasa dengan orang lain, kan?

Kadang-kadang,
kita kena terima hakikat,
bahawa kita takkan mungkin dapat yang terbaik selamanya,
tapi itu taklah bermakna kita dapat yang tak molek je.

ALLAH itu kan Maha Adil. Tahulah DIA macam mana nak bahagi-bahagikan nikmat dan azab pada hambaNYA. Yang tu, kita jangan dok risau. Kita cuma perlu minta, dan bersyukur kalau Dia bagi.

Kalau Dia tak bagi, bukannya Dia tak nak bagi. Mungkin tak nak bagi lagi. Atau mungkin Dia nak bagi yang lebih baik pada masa hadapan. Kalau bukan di dunia, mungkin Dia nak bagi di akhirat. Atau mungkin Dia tak nak bagi langsung, sebab benda tu langsung tak bermanfaat pada diri kita sendiri. Alah, DIA kan, Maha Mengetahui. Kan?

Maka,
kadang-kadang,
kita kena soal diri kita balik,
adakah kita cukup baik,
untuk mendapatkan yang terbaik?

What we give, that is what we'll get.

Kan?

Wallahu'alam.
Wassalam~

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template