Saturday, March 19, 2011

DIA lebih tahu.

Assalamualaikum wbt.

Seperti malam Jumaat yang menjadi kelaziman beberapa bulan kebelakangan ini,
kami tercongok di depan TV, 
menyaksikan siaran langsung Raja Lawak.
Begitu bersungguh-sungguh,
apatah lagi malam ini merupakan persembahan final.

Saya maklum,
rancangan hiburan ini masih tak diterima ramai.
Masih terlalu ramai yang berpendapat bahawa lawak yang dipersembahkan sudah lapuk, lawak bodoh, klise , lucah, plastik ataupun spastik.
Namun, yang pasti, setiap persembahan yang ditampilkan, semua peserta berusaha untuk menyelitkan mesej.
Bererti, hiburan yang terselit mesej di sebalik tawa yang terletus.

Malam ini menyaksikan tiga pihak berentap merebut takhta juara.


Dari kiri :
  • Kumpulan Balas
  • Man
  • Kumpulan R2


Dua tiga minggu kebelakangan ini, Kumpulan Balas menjuarai carta undian dengan undian tertinggi. Man dan Kumpulan R2 pula begilir menduduki tempat terakhir pada awal persembahan, sebelum melonjak naik ke tangga atas usai persembahan.

Saya, pada dasarnya bukan mahu bercerita lanjut tentang rancangan ini.
Namun saya mahu berkongsi cerita di sebalik ini semua.

Malam ini menyaksikan Man yang pada mulanya menduduki tangga tercorot, berjaya merangkul gelaran juara.



Saya tumpang senang, kerana saya setuju dia dinobatkan sebagai juara.
Bakatnya ada dan lawaknya bukan kosong semata-mata.

Menurut kisah yang diriwayatkan pada saya,
Man mencuba nasib di RL sejak musim pertama lagi rancangan ini bersiaran.
Namun setiap kali ujibakat, dia gagal menembusi ke peringkat yang lebih baik.
Hinggalah ke RL musim ke-5, Man berjaya menempatkan diri sebagai finalis RL.
Bahkan berjaya hingga ke final, seterusnya menjuarai RL !

Jelas, terang lagi bersuluh spotlight berbateri Energizer!
Di sebalik segala ketentuan-Nya, tersembunyi hikmah yang tak mampu dijangka manusia!

ALLAH bukan tak nak beri langsung kejayaan pada Man untuk menyertai RL musim2 sebelum ini.
Namun ALLAH nak anugerahkan kejayaan besar sekali gus.
Tak ada maknanya kalau boleh masuk RL senang2, tapi terkeluar awal-awal lagi, kan?

Dan berkat kesabaran Man yang tak berputus asa untuk terus mencuba dan mencuba, dengan alasan mahu mengubah nasib keluarga,
maka kesabaranNYA Dia balas dengan kejayaan yang begitu besar!

Cuba aplikasikan apa yang berlaku pada RL 5 ini,
dalam kehidupan seharian kita.

Kita asyik meminta.
Saya sendiri, lebih 5x sehari saya menadah tangan pada-Nya,
memohon itu ini.
Berbagai!
Biasalah, banyak kemahuan.

Namun,
kalau Dia tak beri terus, jangan berputus asa!
Teruskan meminta, selain usaha.
Sebab DIA Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maka, mustahil Dia tak nak beri!

Bukan DIA tak nak beri,
tapi tak nak beri lagi.
Tapi, apabila Dia mulai memberi,
nescaya pemberian-Nya melebihi amaun yang kita minta.
Nescaya kurnian-Nya melangkaui doa yang yang kita sentiasa panjatkan pada-Nya.

Kita sebagai hamba,
hanya perlu menadah tangan, meminta denganNya seikhlas hati, tanpa jemu.
Diiringi usaha tanpa jemu.
Kemudian, tawakal.

Katakanlah, apa yang kita minta, terus Dia beri, meski bukan tepat pada masanya.
Maka, pasti akan berlaku sesuatu yang tidak kelihatan bernilai pada mata kita.
Sedangkan jika DIA menganugerahi kita sesuatu yang amt kita perlukan, maka pasti sesuatu itu tak ternilai harganya!

DIA lebih tahu bila kita perlukan sesuatu, apa yang kita perlu, berapa yang kita perlu, bagaimana yang kita perlu.. HELLO! DIA TAHU SEMUANYA!!

Insya ALLAH,
semuanya akan berlaku dengan izinNya
:)

Macam Man.
Berkali-kali dia gagal dalam ujibakat, namun tetap dia teruskan usahanya.
Hinggalah ALLAH balas dengan ganjaran sehebat ini, upah kesabaran dan usahanya.
Mungkin juga kerana niat murninya yang mahu mengubah nasib keluarga.

Wallahu'alam.

Cukuplah ALLAH Maha Mengetahui, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu >.<

Tak salah nak berhibur kan, asal tahu garis limitnya.
Kan?

Renung-renungkan, dan selamat beramal!
:)

Wallahu'alam.
Wassalam~


p/s : Tahniah Man! :)

2 love letta(s):

qyqa said...

good point yam..
kdg2 kita ni payah nak berusaha.
baru gagal sikit dah putus asa..
macam aaii ni....
hehehe

Maryam Kamal said...

haha..

macam yuuuu?? :D

amacam test JPJ?? okehhh??

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template