Tuesday, March 15, 2011

Bus-mate.

Assalamualaikum wbt.

Saya kenal dia ni, masa kami form 3. Sebenarnya dah lama tengok dia, tapi masa form 3 baru berkawan. Sebelum tu langsung tak bertegur sapa, sebab masa tu dia dah 'hijau'. Saya pula masih 'putih', malah masa awal sekolah menengah dulu, saya ni anti 'hijau'.

Entah mengapa, masa form 3, saya insaf sikit, terkawanlah dengan dia ni. Baik budaknya. Kecik aje. Comel. Tapi bila bercakap, memang satu spesies dengan saya. Non-stop. Memang kalau naik bas sekali dengan dia, dijamin takkan tidur sepanjang perjalanan. Tapi bagus juga sebenarnya kan. Tak adalah kes terlepas stesen bas, kan? :)

Masa kenal dia, saya ingatkan dia 'hijau' yang biasa aje. Tapi rupa-rupanya, dia 'hijau' yang terang. :D Baru form 3, dah jadi Ahli Majlis Tertinggi. Jadi Setiausaha 2! Wah! Bukan calang-calang budak 'hijau' form 3 boleh pegang jawatan ni.

Tapi saya bangga dengan dia. Tak pernah riak dengan jawatan yang dia ada. Bercakap dengan dia, di sebalik ketawa, pasti ada mesej yang tersirat. Kami makin rapat. Tambah-tambah, bila form 4, saya 'menghijaukan' diri saya.

Lagi banyak topik yang boleh kami bicarakan. Masalah pelajar, masalah peribadi dan macam-macam lagi! Kadang-kadang, kalau ayah dia jemput balik dari sekolah dengan kereta, dia ajak saya tumpang. Begitulah sebaliknya. Maklumlah, sekampung. :)

Form 5, kami makin erat. Dia dah jadi Timbalan Ketua Pelajar, dan saya ALLAH taklifkan pegang jawatan berat sikit masa tua-tua ni. Makin tua, makin banyak pula amanah, ya. Kami memang akan berjumpa setiap hari. Kalau bukan di dalam bas, pasti di sekolah. Kelasnya pula cuma bersebelahan dengan kelas saya. Kalau tak jumpa di kelas, jumpalah di Bilik Disiplin atau Unit Disiplin. Apa-apapun, memang saya akan tatap wajah dia, dan dia akan tengok muka saya!

Hujung tingkatan 5, kami siap merancang nak ambil lesen kereta di tempat yang sama. Dia ada bapa saudara yang kerja di akademi memandu. Insya ALLAH, urusannya mungkin senang sedikit. Hmmmpphh, kalau tak ke Bangi ni memang saya dah mengorat JPJ sekali dengan dia di Pasir Mas! :D

Kini,  bila dah tak sekolah, jarang sangat berhubung. Jumpa pun kadang-kadang je. Nak bergurau senda, bergelak ketawa, mengusik dia pun dah jarang sangat. Kalau dulu, selalu pergi rumah dia yang berhampiran dengan rumah nenek saya, ni mana sempat lagi dah! Nak chatting di FB pun, dia ni jarang online. Orang sibuklah, katakan. :)

Saya rindukan dia. Saya rindukan gelak tawa canda mesra kami. Saya rindu nak nasihat dia. Untuk makluman, dia orang atasan pertama saya yang puji hasil kerja saya depan-depan saya, secara serius. Sekaligus, dia orang pertama yang mengajar saya bagaimana nak menangani situasi ketika menerima pujian. Adakah nak membangga diri, atau menolak dengan rendah hati. Cewahhh! :)

Seperkara yang istimewa tentang dia, dia tahu bagaimana nak membezakan situasi bersama sahabat atau rakan seperjuangan. Bila kerja, kerja. Tapi bila berkawan, jangan nak membezakan pangkat! Dan dari itu, saya belajar sesuatu!

Maka, terima kasih untuk semua itu. Terima kasih atas nasihat anda. Terima kasih atas pujian anda. Terima kasih atas teguran anda. Terima kasih atas segala kata-kata semangat. Terima kasih atas pandangan. Terima kasih kerana selalu terlentok atas bahu saya pagi-pagi masa naik bas nombor 6 Pok Cik Mere atau Pok Loh. Terima kasih kerana selalu pinjamkan bahu untuk saya tumpang tidur. Terima kasih kerana ajar Add Math dan Chemist masa dalam bas. Terima kasih atas segala gelak tawa. Terima kasih atas segala-galanya, semuanya! Terima kasih untuk pengalaman berharga.

Kak Yan,
SANAH HELWAH! 
SELAMAT ULANGTAHUN!
HAPPY BIRTHDAY! :)

Khas buat Wan Alyani Wan Abdullah, semoga segala jasa baik anda kepada saya, dan sahabat-sahabat lain, ALLAH balas dengan ganjaran yang berganda-ganda! Insya ALLAH. Maat taufiq wannajah, Kak Yan. Semoga sentiasa dilimpahi rahmatNYA, budak genius! :)

Regards with love,
Kak Yam awak.
:D

Wallahu'alam.
Wassalam.

2 love letta(s):

qyqa said...

happy besday for her tooooooo..
=)

Maryam Kamal said...

hehe. :)

tengkie Kak Qyqa! :)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template