Friday, March 11, 2011

Anehnya.

Assalamualaikum wbt :)

Minggu lepas,
lepas RL,
terus naik tidur.
Bersedia nak merempit ke AMSA pada Sabtu.
Kemudian, sepanjang minggu lepas,
sibuk menghitung hari nak tunggu 11/3 ..
Berdebar tak hengat!
Jantung sepanjang seminggu ni, memang kerja overtime.
Fuhh!
Nasib baik tak kena caj RM10/jam overtime tu.
Kalau tak, bankrap laa saya nak membayarnya pada jantung ini!
hehe :)

Minggu ni, 11/3..
Hari yang dinanti-nanti..
Perasaan berbaur amat!
Mulai dengan test motor jam 9 pagi ++..
Bahagian II dan Bahagian III.

Alhamdulillah,

LULUS!

Kemudian,
membawa ke test kereta Bahagian II dan Bahagian III.
Bahagian II, part yang paling 'DIGEMARI' !

Walaupun dapat kereta yang clutchnya kurang memuaskan,
alhamdulillah,

LULUS!

Rest kejap.
Solat Jumaat.
Pukul 2 petang ++.

Nombor 46 dipanggil utk test jalan raya.

Ohho, bittaufiq wannajah for me!

Masa OTR (on the road) tu,
alhamdulillah dapat kereta yang superrr ok!
Tip top!

Tapi dalam perjalanan balik, TERlanggar lampu kuning sikit!
haha.
Bukan apa, kan dah undang-undang, kalau dah sampai ke tengah traffic light tu kaler hijau bertukar jadi kuning, teruskan perjalanan. 
Lainlah kalau sebelum traffic light lagi, lampu hijau dah jadi kuning,
maka barulah kena perlahankan kenderaan.

Kan, Encik JPJ?

Hehe.

Kalu sayo tahu Tuan JPJ ore Koto Bharu, lamo doh saya kecek nga Tuan. 
Ni gak, Tuan senyap jah.
Malu sayo nok kecek nga Tuan!
;)

Dan Bahagian III,
alhamdulillah,

LULUS jugak!

Memang terasa sangat syukurnya!
Sebab sahabat-sahabat saya,
Miera dan Kila kena repeat, sebab kereta Bahagian II diorang sangkut.
Hidayah lagi sadis, dua-dua failed. Kesian dia....

Yang lain tak tahu khabar, sebab belum test lagi.

Afif Amirah, yang saya kata nama dia Afifah tu, alhamdulillah.
LULUS jugak!

Maka,
rasa aneh mulai menghantui jiwa malam ni.
Malam ni tak payah nak tidur awal.
Esok boleh pegi senamrobik di tasik.
Tak payah merempit ke AMSA.
Boleh jalan-jalan ke sekitar Bangi dan kota metropolitan ni.
Rasa tenang dan senang je jiwa!!
Subhanallah! 
Indah je perasaan ni.

Takde tekanan.
Takde debaran.
Takde kegusaran.

Rasa tenang sekejap!

ALHAMDULILLAH!
ALHAMDULILLAH!
ALHAMDULILLAH!

Macam status di FB,
saya nak tulis jugak di sini.

I went as a L holder. But I returned as a P holder! 

:)

Dan sokongan yang diterima, sangat mengharukan jiwa!

Entah berapa kali mak telefon.
Entah berapa kali Kak Tie bertanya khabar.
Entah berapa kali Fiq bertanya keadaan.
Entah berapa kali Kak Asmaa' menjadi sasaran luahan perasaan!
Entah berapa kali dok merengek dengan Schu!

Ohhh!

TERIMA KASIH SEMUA!
*terharu. sobsss~*

Okey.
Malam ni, enjoy the night!
Bukan enjoy sampai lupa dunia,
tapi enjoy the feeling.
Enjoy perasaan tenang tu!

Whoa.

SAYA HAPPY!
:)

Ohh ya!

Cik Nadia Amilin naik flight ke Mekah 5.20 petang tadi.
Dah sampai ke aa? huhu.
I miss her already laaa...!
:(

Ya ALLAH,
Semoga Syafiqah dan Siti Nursyakirah saya diberikan ketenangan sama seperti Engkau berikan padaku.
Semoga Nadia Amilin saya dikurniakan perlindungan di mana sahaja beliau berada.
Semoga Shuhaida saya dihadiahkan kesihatan yang menyelesakan beliau.
Semoga Irna dan Aliah saya gembira serta bahagia sepanjang masa!
Insya ALLAH :)

SAYA RINDU MEREKA KETAT-KETAT!

Semoga mereka juga senang, seperti saya!

Insya ALLAH. 


Wallahu'alam.
Wassalam~

5 love letta(s):

peNer0ka keTenaNgan said...

haha. nice! congrats dear :) take care yourself k..

Maryam Kamal said...

hehe. tengs back to u kakak! :)

irnasofia said...

wahhhh,

yam balik KB laaa..boleh gi kbmall sekali :P

racing, jom!

qyqa said...

i jeles dgn u tau...

but tahniah!!!!!!

doakan aku juga~~~~ =)

Maryam Kamal said...

irna, tak naklah gi KB mall. ade org tu nak gi kenduri, xleh g kbmall.. huhu ;)

qyqa, elelele.. gudluck! aku tahu azab nak tggu test tu mcm mn.. sabar je laa ek! ;)

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template