Friday, March 4, 2011

All About Me.

Assalamualaikum wbt.

Berdasarkan tajuk, jelas menunjukkan bahawa saya sedang gian untuk melepaskan segala yang terbuku di hati. Dah lama dah belog ini tak dijadikan ruangan peribadi yang benar-benar peribadi. Maka, hari ni, saya nak tulis something yang personal. Silakan baca kalau anda mahu, tapi kalau tak menepati piawaian anda, maaf. Saya menulis, hanya untuk suka-suka. Bukan untuk mencari publisiti. Harp maklum. 

(Ni mukaddimah luahan perasaan pada seseorang. Anda yang terasa, faham-faham sajalah. Anda yang terpinga-pinga, diam-diam je. Teruskan membaca kalau anda mahu.)

Okey.
Hari ni belajar kereta lagi untuk sesi kedua.
Saya excited lah jugak, sebab dah gian nak main gear dan pusing-pusing stereng. 
Cikgu Hus Hensem bagitahu hari tu, petang, lepas Jumaat.
Alih2, pagi tadi dia mesej, bagitahu kelas pukul 11.
Aiseh. Bagus amatlah cikgu saya ni!

Alhamdulillah, sempat berada di sana sebelum waktunya. Saya tak terus jumpa cikgu, sebab dia nampak sibuk dengan studs dia yang lain. Maka, saya melepak kat surau, main brick games :D

Almost 11, pergilah ofis, tulis nama dan bila je cikgu tengok saya, terus dia gamit saya ke arahnya. Dengan taat setia, saya hampiri cikgu. Adalah dalam sepelaung lagi nak sampai, cikgu dah menjerit, suruh saya mask terus ke dalam kereta. Maknanya, kena bawa kereta sendiri, sorang-sorang! Cikgu dah tak teman macam sesi pertama Isnin lepas. 

Oooookey!

Cubaan pertama, naik bukit.
Ha, tang ni saya suka sikit. Sebab macam senang.
Lepas garis putih, tekan minyak sikit, naik sampai cermin sisi sama betul dengan palang.
Tekan clutch, brek, free gear dan tarik handbrake.
Ok?

Tak.
Tak ok.
Mula-mula,
dahlah tayar tak 100% masuk petak kuning,
sebab side mirror tak selaras dengan palang. Lepas tu, masa nak turun bukit, menggigil sampai lupa steps.

Nak turun bukir, tekan clutch perabih, masuk gear satu, tangan di handbrake.
Kaki stabilkan cluth dan minyak. 
Lepas cluth sikit2, sambil tekan minyak.
Bila rasa terenjut, lepas handbrake.
Ok?

Tak.
Memang tak ok!
Kenapa?

Sebab kereta sepatutnya ke depan.
Tapi kereta saya ke belakang!
Aduhaiii!

Sambil-sambil kalut tu, mata saya sempat tangkap lagi, Cikgu Hus Hensem keluar dari kawasan akademi memandu, mungkin  hantar salah seorang pelajarnya balik. 

Lepas hampir seminit terkial-kial di atas bukit tu, bermain dengan cluth, minyak, handbrake, maka bolehlah jejak tanah rata balik. Alhamdulillah.

Saya pandang ke wakaf cikgu-cikgu sedang melepak sambil memantau anak murid masing2.. Sayu kejap rasa, sebab cikgu saya takde. Aiseh!

Next challenge, parking.
Yang ni, memang sadis!

Asyik lupa steps.
Banyak sangat kena pusing kanan, pusing kiri.

Malu amat, sebab lot parking depan wakaf cikgu-cikgu duduk. Ramai sangat yang pandang, budak pakai baju biru ni terkial-kial nak parking. Mujurlah ada yang baik hati, tolong jerit pada saya langkah apa yang harus saya ambil.

Okey. Mula-mula, masuk kiri, sebab lot parkir di sebelah kiri.
Okey, masuk kiri dan stabilkan stereng.
Masuk gear reverse.
Kemudian, tengok punat kunci kena bersudut lebih kurang 45 darjah dengan salah satu batu tanda.
Tekan clutch dan brek.
Kemudian, pusing kiri habis, as parking lot belah kiri.
Undur sampai nampak batu hitam ketiga di belakang, melalui side mirror.
Kemudian, pusing kanan dua kali, reverse sambil tengok tayar belakang jejak garisan.
Clucth, brek.
Kemudian, pusing kanan habis, keluarkan kepala dan jenguk ke luar untuk pastikan tayar depan masuk dalam petak.
Kemudian, clutch, brek dan masuk gear satu.
Pusing kiri habis, sebelum lepaskan clutch dan brek.
Bila kereta dah lurus, clutch dan brek.
Masuk gear reverse, lepaskan clutch dan brek.
Reverse sampai tayar depan berada di hujung garisan putih ketiga.
Kemudian, tekan clutch dan brek,
tukar gear masuk, pusing kiri tiga kali,
lepas clutch dan gear, jalan.

Bersedia untuk cabaran seterusnya, tiga penjuru.

Terus dari parking tadi,
stabilkan stereng yang ke kiri, dengan membelok ke kanan.
Luruskan tayar.
Pandu sampai bahu betul-betul selaras dengan batu penanda.
Masa tu, pusing stereng satu suku.
Bersedia untuk masuk.

Lepas clutch, dan kereta masuk.
Tahan stereng, sampai bahu betul-betul dengan tembok,
baru pusing ke kanan.
Masuk je petak, tekan clutch dan brek.

Masuk gear reverse, pusing kiri habis, dan lepaskan clutch dan brek.
Keluar dari petak.
Bila kereta dah stabil, tekan clutch dan brek.
Masuk gear satu, pusing kanan dua kali dan lepas clutch serta brek. 
Kerete bergerak, dan kawal stereng untuk belok ke kanan.

FUHHH!


Azab sangat rasa, bila beberapa kali gi panjat tembok. Beberapa kali gi naik batu.
Adeh.
Cikgu Hus Hensem yang datang balik sepuluh minit lepas menghilang tu, memang rasa macam dia penyelamat.
Rasa cam selesa je dengan dia, sebab dia takde guna method jerit-jerit, marah-marah macam sesetengah cikgu lain bilamana studs diorang agak susah diajar.

Pukul 11 nak membawa ke pukul 1 tu, masya ALLAH, lamanya terasa! 
Dah tak sanggup eden nak bermain dengan clutch, brek, minyak, stereng bagai.
Adeh.
(padan muka. tu lah, tadi kemain lagi excited nak main2 dengan semua tu. nak sangattt! ambekkk!)

Maka, berakhirnya sesi pukul 1 tadi,
berbakilah latihan kereta lagi enam jam.
Motor lagi tujuh jam.
Adeh.
Banyak lagi tu.
Esok weekend.
Bolehlah merempit ke AMSA dengan Nouvo Inche Naim.
Kena bertolak awal, as kena berada awal di AMSA, sebab bila tiba je weekend, mesti orang ramai tahap giga!

Azam esok, nak habiskan motor dua jam, kereta dua jam.
Lusa pun sama.

Cikgu Hus cakap masa dalam perjalanan hantar saya balik, 

"Aku nak marah ko pun rasa tak sanggup. Kesian je tengok muka ko tu, Yam..."

Sesedap laksa je dia panggil saya dengan panggilan manja tu. Kasar ke aku-ko tu? Okla kot, takde la rasa formal sangat. Dia baik, sekadar baik yang diperlukan. Dah syukur alhamdulillah dah! :)

Saya balas,

"Cikgu tak boleh marah hari Jumaat. Penghulu segala hari ni, sebab nanti rezeki lari!"

Bergegar kereta dengar dia ketawa. Haa, kan dah cakap? Beliau baik, okey dan paling penting, lucu! :)

Hantar je depan rumah, Cikgu Hus pesan suruh bawa bekal esok. Adehh. Terus saya cakap esok saya puasa! Haha :D

Alhamdulillah, dia baya-baya abang sulung saya, malah mungkin lebih berusia. Tu yang tak kisah nak bergurau sikit-sikit tu. Kalau asyik monoton je memanjang. takut dia tension!
Bila dia tension, akan men-tension-kan saya sekali!
Kan susah?

Hehe.
Alhamdulillah sangat-sangat!
Berakhir jugak sesi hari ni.
Esok tak tahu la macam mana.

Motor, saya bimbangkan titi dan brek kecemasan.
Brek kecemasa tu, kadang-kadang tak terseret.
Titi yang paling ngeri. 
Dalam 20 percubaan, biasanya mungkin 11 atau 12 je yang boleh lalu smooth. Yang lain tu, mesti ada yang melencong tengah jalan.
Tu tak kira cukup ke tak 7 saat tu. Aiseh.
Teringatkan titi je, memang susah hati!

Ok. Sementara teringat ni, tips untuk lalu titi dengan elok.
Guna gear dua, naik atas titi tu dengan sedikit laju, kemudian bila berada di atas tu, perlahankan dan stabilkan. Pandang terus ke hadapan, which is di mana titi tu akan berakhir. Jangan pandang bawah atau pandang tayar!

Brek kecemasan pulak, lagi afdhal merempit guna gear tiga dan lepas je garisan putih tu, brek kaki dulu, baru brek tangan. Insya ALLAH akan terseret tak melebihi garisan putih terakhir.

Oh, bahagian III motor pun saya takut jugak!
Aiseh, habis part mana yang ko tak takut, Maryam ooi???!


Kereta, saya risaukan semua!
Bukit, PARKING, tiga penjuru.

SEMUALAH!

Terutama parking, sebab banyak steps.
Kawan Cikgu Hus yang tunjuk ajar saya masa Cikgu Hus MIA 10 minit tu pun ada main sindir-sindir.
Dia cakap, nasib baik ni baru kelas kedua. Kalau kelas keempat, memang nak kena rotanlah, sebab lupa steps masa parking.
Cikgu Hus gelak je, langsung tak berniat nak mempertahankan anak didik dia ni.
Malah boleh pulak dia cakap, aku tak rotan dah budak ni, sebat terus!
Wah wah wah!
Lagi dahsyat hukumannya tu!

FUHHHHHHHHH!
 
Lega amat dapat keluarkan semua benda ni.
At least, bila saya baca balik entry ni beberapa tahun lagi,
yang masa tu saya dah terer bawak kereta,
mesti saya gelak berguling-guling.
Ohh, betapa saya menantikan waktu tu!
:D

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa, membaca hingga ke tahap ini.

Moral of the story, masa belajar kereta tadi, saya dapat tangkap sesuatu.

Ujian JPJ yang begitu digeruni nanti,
cikgu hanya boleh melihat, tak lagi boleh membantu.
Semuanya terserah kepada kemahuan dan kesungguhan kita untuk berjaya.
JPJ pun dah takde belas kesian masa tu, sebab kalau ada belas kesian, mesti semua lulus tanpa gagal, kan?
Masa ujian tu, takde orang lain dah boleh tolong kita.
Mak ke, ayah ke, cikgu ke, kawan cikgu ke, TAKDE dah!
Diri sendiri,dan ALLAH je.

Macam SPM jugak.

Dan yang lebih penting, macam mati jugak.
Kat akhirat sana, 
takde sape nak tolong, takde sape nak kesian.
Malah takde sape yang peduli.
Semuanya hanya bergantung pada kita! 
Amal hidup kita di dunia, dan juga bantuan rahmat daripada ALLAH.

Kalau ujian dunia ni pun saya dah rasa menggigil tahap tak ingat bila tak dapat bantuan,
apatah lagi di akhirat kelak, kan?

Masya ALLAH.
Insaf sekejap terasa.

Maka, sama-samalah kita berdoa, agar diperkukuh iman dan taqwa, hanya untuk DIA.
Dan doakan jugak supaya saya lulus test JPJ minggu depan, hari Jumaat bersamaan dengan 11 Mac 2011, dengan sekali ujian je.
Sebab kalau kena repeat, kena bayar lagi!
Motor RM50 (kot) dan kereta RM 100.
Pokai mak saya dibuatnya!

ALLAH!
Panjangnya celoteh Maryam.
Haha.

Ampun ya kepada sesiapa yang sudi membaca hingga ke sini.
Sekadar luahan rasa, untuk membebaskan apa yang terpenjara di jiwa.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. 
Wallahu'alam, wassalam.

p/s : Kenapa nama Cikgu Hus Hensem jadi kaler hijau? Sebab beliau selalu pakai baju tu. Uniform AMSA la wei! :D

4 love letta(s):

peNer0ka keTenaNgan said...

wah. laju. next week dah jpj? entah-entah result spm pom next week gak :P

Maryam Kamal said...

haah. agak laju. meme tahu dh dpt 11/3 , tp ingtko bulihs ubah. tp ckg oyak xleh.. ala, Cikgu Hus Hensem tuhs.. hehe :)

insya ALLAH, result SPM 23/3.. dea la saya kelik cuti sekolah ni, insya ALLAH :)

qyqa said...

wah..
banyak betul kegusaran hati ni.
x per x per..
budak comel mesti boleh buat punya..
=p

Maryam Kamal said...

haha.
qyqa, ang tahu tak, masa type semua ni, aku tingatkan ko.

hanya insan macam ko, yang senasib dengan aku je akan paham perasaan dan situasi aku ni.. uwaaaaa!!!

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template