Thursday, February 10, 2011

Yang Tersurat Takkan Sehebat Yang Tersirat

Assalamualaikum wbt.

'Bukak Microsoft Word korang. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY(no. pesawat langgar PWTC). Tukar saiz font tu kepada saiz 48. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS. Apa yang korang nampak? Allahuakbar. Kebetulan atau dirancang? - I just copy this'

***
Copy di sebalik copy. Pemilik status di atas, copy daripada orang lain, lalu publish di facebooknya dan menarik perhatian saya.

Lalu, saya mencuba.
Dan benar.

Yang tesurat, takkan sehebat yang tersirat.

Hasilnya, memeranjatkan.
Dan lebih memeranjatkan, tak boleh di copy-paste di sini.
Apabila dipaste di sini, gambar itu akan kembali membentuk huruf dan abjad asal.

Apa yang pasti, 
tafsiran font Wingdings terhadap Q33 NY ialah..

Dari kiri,
sebuah kapal terbang, merujuk kepada huruf Q.

Sementara dua angka 3 pula membentuk persis sebuah bangunan, yang mengingatkan saya kepada bangunan yang rosak ketika peristwa 11/9 .

N pula membentuk tengkorak dan tulang manusia seperti membawa maksud amaran bahaya atau ancaman nyawa.

Manakala akhir sekali, Y.. mewakili sebuah lambang. Dan kalau tidak silap saya, lambang itu sama dengan lambang yang wujud pada bendera Israel Laknaktullah.

Kapal terbang. Bangunan. Ancaman nyawa. Israel Laknatullah.

Maka, 
hasil semua itu..
Dan di sebalik nilai-nilai yang tersirat,
jika dicantum, akhirnya akan membawa maksud apa?

Wallahu'alam.
Dari sekecil-kecil hal, hingga sebesar-besar perkara,
kita takkan lepas dari cengkaman pihak bersekutu dunia.
AS dan pakatannya.

Mungkin kebetulan.
Mungkin juga ini hanya andaian kosong saya.
Tapi tak mustahil, ini salah satu daripada jutaan helah untuk mengaburi mata dunia.

Aduh!
Pedihnya hidup sebagai Islam yang dituduh teroris!

Tapi, tidak mengapalah.
Kerana...

Daripada Abu Hurairah ra berkata Rasulullah saw brsabda: ”Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”.
Yang penting,
ALLAH Maha Mengetahui!

Wallahu'alam, 
Wassalam~

0 love letta(s):

 

♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template