Tuesday, February 22, 2011

Nikmat.

Assalamualaikum wbt.

To be honest,
saya masih dalam keadaan takut dan terkejut.
Sejak entry Love Story diterbitkan,
banyak feedback yang saya dapat.
Positif, alhamdulillah.
Ada juga yang negatif.
Tapi membina.
Juga alhamdulillah.

Cuma, 
yang membuatkan saya takut dan sedikit segan ialah untuk menulis semula.
I'm not a good writer.
Saya cuma menulis, berdasarkan ilham yang ALLAH kurnia on the spot,
dan sedikit bakat yang ALLAH pinjamkan sementara di dunia ini.

Maka, 
please,
never expect something high from me.
Mungkin ada masanya tulisan saya bagus.

 Tapi, maaf.
Ada masanya juga,
tulisan saya mungkin tidak memenuhi citarasa anda.

Jadi, saya memutuskan untuk mengikut kata-kata seorang senior yang sudah saya anggap seperti kakak sendiri.

Jadi diri sendiri.

Just be myself.
Sampai bila pun, saya takkan mampu puaskan hati semua orang, kan?
(Terima kasih kepada Ukhti Asmaa' Sazali dan Hasniah Salehe kerana membantu mengecas kekuatan keyakinan! Jazakumullahu khairan kathira, insya ALLAH!) 

Maka, this is it.
The next post in this belog, after Love Story.
Saya yakin, 
tulisan ini tak sebagus tulisan Love Story tu,
sebab tulisan ini berbentuk peribadi sedikit.

Tak mengapalah.
Saya menulis pada masa ini untuk mendapatkan kepuasan.
Perkataan di minda berebut-rebut untuk keluar.
Jadi, maaflah andai entri kali ini bersifat sedikit selfish.

Ukhti Hani Jalil mesti dah boleh agak apa yang nak saya sampaikan kali ni.
:)

Nikmat.


Ya, saya sedang bercakap tentang pemberian ALLAH yang maha banyak kepada hambaNYA.

Sedarkah kita,
TERLALU BANYAK nikmat yang ALLAH berikan pada kita saban hari, detik dan saat?

NikmatNya, bukan hanya yang besar-besar sahaja.
Malah sekecil-kecil hal juga diberikan nikmat.

Nikmat besar tu, merujuk kepada panca indera.
Tanpa lengkap sepasang mata, sepasang telinga, sepasang lubang hidup, sepasang bibir, sepasang kaki dan tangan, 
pasti hidup kita terasa lain.

Nikmat kecil pula,
mempunyai bulu hidung, untuk menapis habuk-habuk dan debu-debu daripada menerobos masuk ke saluran pernafasan.
Selain itu, ada jugak yang selalu cakap, tak makan pedas, hilang satu nikmat dunia!

Senyum.

Macam-macam maksud nikmat tu diklasifikasikan oleh manusia.
Dan berbeza.
Termasuk saya.

Mengenai nikmat,
bagi saya...
Mampu mengingati tarikh lahir seseorang juga merupakan satu nikmat.

Kenapa?

Kerana dulu,
alhamdulillah.
Ingatan saya cukup kuat.
Esok birthday seseorang, hari ni saya dah siap-siaga dengan ucapan istimewa untuknya, bagi diucap tepat jam 12.01 tengah malam pada tarikh hari lahirnya.
Konon ingin jadi yang pertama!

Namun, kini....
Nikmat itu bagaikan ditarik.
Ya, saya masih mampu mengingati dan menghafal tarik-tarikh kelahiran insan-insan penting dalam hidup saya ke dunia ini.
Namun, cara saya mengucapkan selamat hari lahir semakin berbeza.
Bagaikan sudah hilang seri istimewanya.

Ulangtahun senior yang dianggap kakak sendiri juga tidak diambil tahu,
malah saya lupa tarikh keramat sahabat-sahabat saya dilahirkan ke dunia ini!

Sememangnya, apabila ada yang mengingati ulang tahun kita, dan sudi mendoakan macam-macam pada kita,
Alhamdulillah.
Lapang hati terasa.
Dan saya mahu, insan-insan kesayangan saya merasa bagaimana lapangnya hati menerima ucapan itu daripada saya.
Apatah lagi dengan cara yang teristimewa!
Kan?

Namun,
duhai insan-insan istimewa sekalian,
yang pada kalian mungkin aku semakin lupa dan lalai kepada kalian,
ketahuilah bahawa minda ini tidak pernah lupa kepada kau yang aku tabalkan Raja dan Ratu Istimewa di takhta mindaku,
maklumlah bahawa hati ini tidak pernah lalai mendoakan kesejahteraan engkau, aku dan KITA !
Tanpa pernah gagal, minda ini sentiasa ingat dan hati ini sentiasa berwaspada.

Maka,
jangan risau, 
jangan gundah,
jangan khuatir.

Aku mungkin lupa tarikh keramat kalian,
namun kalian?

MUSTAHIL untuk KULUPA!

:)

Maka, 
insan-insan istimewa..

  • Muja Mujahadah
  • Asmaa' Sazali
  • Nur Farah Aisyah Nazim
  • Sedulous Dotchinka
  • Azura W. Zaki
  • Aimie Syairah
  • Hasniah Salehe
  • Irna Sofia




    With ALLAH bless endlessly, insya ALLAH.

    Bertambahnya usia, selangkah mendekati tarikh luput di dunia ni, kan?
    Semoga amal kebaikan dan kebajikan kalian bertambah juga, seiring dengan pertambahan usia.
    Insya ALLAH 
    :)

    Juga jangan lupa,
    a huge thanks to your moms,
    for bringing you to this world.
    For giving u spaces to stay in her womb for almost a year.
    For taking a good care for u.

    And the most important,
    to HIM.
    For giving u a chance,
    to know how the feeling to be a human.
    To be one of the ummat of the best prophet, Muhammad PBUH.

    Wishing us all the best,
    fiddunia, wal akhirah.
    Insya ALLAH.

    Akhir kalam, nikmatilah nikmat kurniaanNya.
    Tapi berpada-padalah.
    Bersyukur apa adanya,
    bergembiralah seadanya.

    :)

    Wallahu'alam.
    Wassalam~

    2 love letta(s):

    Bicara Hati said...

    Ada banyak asbab untuk menulis. Dakwah, sharing,.....dan y plg pnting menulis juga stu jalan untuk muhasabah diri.

    Kekadang hati kita ni malas sgt ajak akal untuk memikirkn tentang apa y telah di buat. Sama ada baik or tidak..

    Hati yang tergerak untuk mencoretkan sesuatu secara tidak lngsung mngajak akal bermuhasabah bersama..Alhamdulillah

    Kita hanya manusia biasa. hidup spt roda. kadang atas, dan bawah.

    So tidak akn selalunya klihatan hebat

    Just do da best we can.

    Terima diri seadanya..=))

    Maryam Kamal said...

    Kak Nia...

    terima kasih!
    thank you!
    syukran!
    gracias!

    for the words.
    for being by my side whenever I need u :)
    for everything!

    jazakillah khairan kathira~
    >.<

     

    ♥ Maryam Jamilah's ♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template