Saturday, January 12, 2019

Hello again, Vietnam :)

Bismillahirrahmanirrahim.

So dari tahun lepas lagi KakZiti bgtau niat dia nak bawa kekawan cikgu sekolah dia pegi Vietnam, shopping kain kat sana. Dannnnn dia nak bawak #CahMerah yang baru menginjak usia 6 bulan tu so dia perlukan Yam sebagai assistant dia. So dia tolong belikan tiket KUL-Saigon utk flight first weekend January 2019 maka we went there.

Flight awal pagi Sabtu 5 Januari tuu maka awal2 lagi BangNaim dah drop kitorang kat KLIA2.


Tak payah bawak stroller Cah, Yam insist, sebab fikir susah nanti nak jalan celah-celah lorong Pasar Benh Tanh tu kan. So kita bawa carrier saja dan alhamdulillah CahMerah so well behaved duduk dalam tu :)

Sampai di Tan Son Huat International Airport, Ho Chi Minh, kami naik bas jeeee untuk ke Pasar Benh Tanh. Sorang 5,000 Vietnam Dong je patutnya, tapi sebab ada luggage so kena bayar extra 5,000 dong. Bas warna biru nombor 502 kalau x silap Yam. Nanti sampai pasar tu conductor akan jerit2 so kau turunlah kat situ. Satgi patah balik sampai airport pulak sebab route bas ni cuma airport - market je.

Jalan kaki sikit menghala ke pasar, jumpalah Malaysian Street. Check in hotel, mulakan pengembaraan ke Benh Tanh. Bergilir hoi dukung CahMerah, boleh tahan lenguh jugak. Tapi sungguhlah Cah ni budak bagusss, sampai lena dalam market yang bising tu pun tadahal bro. Balik hotel golek golek gurau gurau, solat, cari kopi Vietnam buat kesekian kalinya, makan, dan sambung shopping dekat sekitar Malaysian Street tu pulak. Balik bilik bila maghrib, mandi, solat, makan dan sambung shopping pasar malam pulak.

Maka terkuburlah hasrat Yam nak berjalan di sekitar Ho Chi Minh City. Ingat nak jugak jejak jauh2 sikit, contohnya Independence Hall, Notre Dome dan Post Office dia, sebab yang dua tahun lepas, Yam x sempat masuk post office dia ni. Dan tell you what, laluan pejalan kaki dia sangat best sebab banyak pokok, so sangat redup. Dan jalan kaki kat sana best sebab jalan sikit jumpa taman, jumpa muzium, soooooo fun!

Tapi nampaknya dengan CahMerah ni, terhad sedikit pergerakan. Tenaga pun cepat drained hahaha maka kita duk di radius 200meter sekitar hotel je lah.

Esok pagi-pagi sempat shopping sikit dekat Malaysian Street, habiskan Vietnam Dong pastu dah panggil teksi untuk ke airport. 150,000 VND. Kalau Grab dalam 80,0000 VND je tapi sebab kitorang semua wanita siap ada anak kecik lagi, pastu takde pek internet melainkan mengharap wifi hotel je, maka kami khuatir la kot jadi apa2 dengan Grab kan. Maka guna teksi hotel lah walaupun mahal sikiiit.

By the way kat sanaaaaa kalau orang offer kau kacang, kalau kau tak nak beli, JANGAN AMBIK yang dia kasi free tu. Kalau tak dia akan anggap kau nak beli kacang dia soooo kena bayar. Plus kena tipu lagi sobs. Sepatutnya 15,000 VND tapi ada sorang kakak yang kawan KakZiti tu kena tipu sampai puluh-puluh ribu VND. Aduyaiii minta jauh ye. Andddd jangan lupa beli kopi ais dekat penjual-penjual motor kat sana. RM3 je bestttt. Yam prefer Milo tapi. Haha.

Oh ya, penjual sana duk pesan nak pi sana toksah tukar VND pun takpe. Boleh je pakai RM. Kecuali naik bas @ cab kena la currency diorang. Tp kalau nak shopping apa pun kat kedai2 kat sana, memang RM diterima je so jangan risau. Dan toksahlah tukar VND bebanyak. Bawak RM je kay. Ataupun USD la kalau engko anak-anak datuk ke CEO company macam cerita akasia tv3 tu ke hiks k k gurau jeee jangan marahhhh


So sebenarnya dalam 24 jam je lah kitorang gi Vietnam. Tapi dengar kata ribu-raban jugak habisnya kakak-kakak tu semua hahaha. Yam? Rilek. Kita gi untuk dukung CahMerah je so duit kita habis seratus dua je aaaaaaaaaaaaaaaa seratus dua la jugak habisnyaaa sobs


Anyway, I enjoyed this short trip. Thanks KakZiti for the invite, walaupun dipergunakan untuk dukung Cah je hahahahaha tapi oklah, dapat merasa Nasi Goreng Kampung Hajah Basiroh lagi sekali kakakaka by the way I prefer Restoran Musakariem tau.


So, semoga berezeki lain kali ya Ho Chi Minh City, untuk aku menelusuri kembali denai-denaimu yang aku pasti akan membawa aku ke satu daerah yang aku panggil rindu.

Ahgituu.

Sekian, wassalam.

Regards,
Maryam Jamilah

How We Interpret Things Differently

Bismillahirrahmanirrahim.

I've been meaning to write this for quite some time already, tapi sekarang sejak2 dah bekerja (ecewah) waktu terasa begitu berharga hinggakan sekelumit masa lapang pun kau ada macam2 plan dalam kepala which end up dengan, tidur mungkin? Haha

Okay back to the story.

Since now I am reading in chambers, well actually locus 9 bulan dah habis. Tapi kena ganti cuti yada yada so yeah here I am still in the same firm, counting down days to complete my pupillage.

Salah satu daripada requirements untuk habiskan chambering ni adalah kena serve dekat legal aid. So I did. In fact still do. I have to complete 14 mandatory days of service, to which masih in the process of mengganti jugak sebab my duty day adalah hari Selasa, yang mana tahun 2018 menyaksikan sungguh banyak cuti umum pada hari Selasa. Maka, sampai ke tahun 2019 haaaaa aku masih mengganti.

Rutin dekat legal aid ni menarik jugak, compared to office la sebab my firm mostly buat conveyancing. So when I go to this legal aid, I got to meet more people and interact more with humanbeings live before my eyes, sebab kalau kat ofis, kalau bercakap dengan manusia pun via phone calls je, kalau tak cakaplah kau dengan file ke pokok bunga bos ke. Uhuhuhu

So people will walk in for the session. Apa yg kitorg as chambie kena buat adalah dengar masalah diorang, kumpul fakta, rujuk pegawai undang2 then only get back to the client for the answer. Tak boleh hentam keromo je bagi nasihat directly sebab kami masih belum officially an advocate and solicitor, masih belum call to the bar jadi masih belum layak untuk bagi legal advice.

Among the four officers, there are two of them yang Yam lebih suka refer. Diorang akan directly bagi advice according to what we tell them, and we got to advice the client quickly. The rest two tu kurang sikit. One of them is accountant, tapi sebab kekadang dia yang kena jawab phone calls so dia dah well versed dengan legal matters so a legally qualified accountant lah haha. Another one is the superior officer, to which bagi Yam she is the most challenging officer to deal with.

When you come to her and reiterate the facts to her, dia akan inquiry kau banyak banyak banyak, which some of the questions tu kau tak pernah terfikir pun utk tanya client kau. Sebabnya, satu kau rasa tak logik je nak tanya. Dua, sebab kapasiti minda kau belum sampai tahap tu.

Lepastu bila kau gagal jawab soalan kau, terus dia cakap kau tak cukup facts. Kau tak cukup cerita. Hence dia tak boleh nak tolong kau advise client. Maka kau pun patah balik ke client, interview sekali lagi the whole things to get clearer picture and go back to her for advise. Awal2 dulu Yam sampai kena 3-4x masuk jumpa client balik. Serius rasa demotivated sangat depan client sebab lepas datang balik dan tanya few soalan, "sekejap ye encik, saya kena consult bos saya dulu", which client usually akan faham tapi mehhhh, kau punya pride tu rasa gedebush terendam di dalam diri kau yang paling dalam.

So Yam conclude kan, kalau boleh elakkan jumpa this boss haha untuk elakkan stres Yam untuk jumpa dia, dan untuk hadap klien. Sebab kekadang bendanya simple je. Bila dah banyak kali kena handle benda hampir sama, criminal contohnya, kes samun berkumpulan ke kes curi ke, jawapan dia hampir sama. Tapi berbeza sikit2 ikut situasi dan pelaku. Jadi dah boleh dah kalau Yam terus nak direct advice client tanpa consult. Tapi kena ikut prosedure kan, so sometimes jumpa officer tu untuk consult simple2 je dan clarify, "kalau saya cakap macam ni, macam ni, betul kan?"

Yam memang akan elak jumpa boss ni haha sebab tak nak complicated things. Demi kesihatan emosi Yam dan sebab benda2 yang simple ni boleh je rujuk legal officer yang lain. Tapi yam memang akan consult jugak boss ni kalau benda ni extravagant, peculiar atau rare, sebab indeed memang dia more knowledgeable compared to others. Kalau tak, takkan jadi boss khennnn haha.

But there's this one person I met, totally opposite with me. Dia sangat suka consult boss ni dan sanggup tunggu kalau boss ni busy dengan benda lain. She will not consult other officers and will have to advice the client a bit later than supposed to lah, sebab dia memang insist nak advice daripada bos ni je.

"I suka consult dia. Dia akan tanya macam-macam dan berikan jawapan yang berbagai. So I tahu nak advice client I macam mana, thanks to her wide explanation. Cuma stres la sebab bila soalan dia I tak boleh jawab, dia cakap I kurang fact la, kadang kalau phone call client, I kena call balik banyak kali untuk dapatkan info. Challenging, but interesting."

I see.

So Yam pun termenung jap.

It depends on how we perceive things rupanya.

Aku interpret benda ni mace ni, orang tu macetu. Tapi boleh jadi orang lain interpret benda sama, manusia sama, tapi lain benar interpretationnya/ Aku mungkin rasa benda ni boleh nak simplifykan, so kenapa nak complicated the things? Tapi kawan ni pulak fikir, lagi banyak 'what if(s)' tu lagi bagus, sebab mana kita betul2 tahu situasi client yg minta legal advice tu?

Tapi part stres tu mutual. So, undeniable eh. HAHA

Maka lepas muhasabah diri, Yam belajar banyak perkara la. Betul, benda boleh simplify. Kenapa nak susahkan benda yang mudah kan? Tapi tu tak bermakna boleh ambil mudah semua perkara. Apatah lagi kebanyakan yang seek legal advice ni dalam keadaan terdesak, jadi diorang perlukan nasihat yang mengandungi jenis kemungkinan untuk disuaikan dengan keadaan diorang.

Tapi Yam rasa, my friend pun boleh belajar perkara baru juga. Bila klien terdesak, bukankah lebih bagus untuk kita cepat2 bantu dia? So, tanyalah dulu perkara tu pada other legal officers, pastu bgtau client kau. Kalau kau tak puas hati, bila boss ni free, kau consult lah. Then kalau jawapan dia lain ke, bgtau semula pada klien kau. Takde lah kau buat dia menunggu berjam-jam semata2 kau nak dapatkan nasihat bos je. Officer lain pun ada legal qualification tau.

So gitulah hidup ni. Aku belajar daripada kau, kau belajar daripada aku. Yang baik, sama2 amalkan. Yang tak berapa nak helok tu, sama2 hindarkan.

Ok?

Haaaaaaa cepat doakan urusan chambering Yam yang berbaki beberapa perkara lagi ni berjalan dengan lancarrrrr aaamiiin :)

Wassalam.

Regards,
Maryam Jamilah Md Kamal 

Sunday, November 18, 2018

#RaonRaonKuching

Bismillahirrahmanirrahim.

Cambiasa ah, a throwback post :D

Alhamdulillah, pada hujung minggu lepas lepas bertarikh 2-4 November 2018, ALLAH SWT izinkan untuk Yam dan rakan-rakan (Syazwani dan Kak Krun) untuk bermusafir ke bumi Kenyalang. Saja jenjalan sebab tengok tiket murah tuari hehe. RM198.00 return Air Asia ticket, kira murahlah jugak bila beli less than a month. Kenapa? Sebab saja2 godek2 website Air Asia dan ehh terjumpa tiket murah gi Sarawak hehe

Sebenarnya antara plan Yam ketika chambering ni adalah untuk travel ke tempat2 yang Yam x pernah sampai. Maklumlah dah ada pendapatan sendiri seposen dua ni, rasa macam nak bagi allocation sikit untuk diri sendiri jalan jalan kenal bumi Tuhan :) So destinasi yang Yam nak fokuskan adalah Sabah dan Sarawak terutamanya, sebab dua tu je negeri dalam Malaysia yang Yam belum sampai.

Arrange dengan Kak Najwa yang memang duk buat chambering kat Kuching, and she was so excited bila Yam bgtau nak pergi sana, siap sediakan itinerary on the spot. Yam pun segera menyebarkan berita tiket murah ni kepada rerakan terdekat dan puff, Syazwani dan Kak Krun on, maka on lah plan kita.

Long story short, 2 Nov bersamaan hari Jumaat tu kitorg bertolak KUL-KCH. Kak Najwa fetch kat sana, bawa balik rumah beliau yang dah siap beliau bentang tilam lengkap berbantal Rilakuma lagi ahahahaha. Terus tidur sebab esok tu banyak plannya. Short vacay je kan so padatlah jadualnya.

Esok pagi tu cadangnya nak piknik dekat Damai Sentral, tepian pantai bagai. Tapi hujan hahaha so kita makan dekat bawah pondok tepi padang je lah. Alhamdulillah by the time nak masuk Kampung Budaya Sarawak tu hujan dan berhenti, so kitorang enjoy the nice weather yang redup dan tak panas sepanjang kat Kg Budaya. Walaupun mahal sikit entrance fee dia (RM60) tapi personally bagi Yam, berbaloi. Kata nak kenal Sarawak sangat kan, so Kg Budaya ni simplify kan apa yang kau kena tahu pasal Sarawak, especially keistimewaan dia dengan kepelbagaian kaum dan masyrakat tu.


Stay sana sampai tengah hari supaya berbaloi bayar mahal2, then balik solat Zuhur kat rumah. Oh by the way, sebelum balik tu kami pi sekali .lagi ke tepi Pantai Damai tu sebab nak bergambar dengan tugu burung Kenyalang heheh # GIGIH


Lepas Zuhur, gi Muzium Kuching, bayar RM3 je sebab bawa masuk phone. Kalau tak free entry je. Tapi sampai end of 2018 je. By 2019 dah start kena bayar rm5 per person. Menariklah sebab banyak info pasal kucing kat dalam tu. Budak2 tu mesti gembira sebab banyak replika kucing kat dalam tu so not bad.


Lepastu gi makan dekat Cendol Mami kat kawasan Gita. Sedaaaap. Yang femes of course cendol dia, dan mi belacan serta sotong kangkung.

Perjalanan diteruskan ke Waterfront Kuching sebab katanya ada regatta dekat tepi sungai tu. Regatta ni macam perlawanan perahu yang kalau tak salah, diadakan secara tahunan. Tapi kitorang x plan pun. Satu kebetulan yang indah, alhamdulillah :) Naik jambatan Darulhana dan enjoy the sunset kat situ.


Menyusuri jalan2 tepi sungai tu sebelum menuju ke Kampung Boyan untuk makan di Borok Cafe. Kak Najwa ajar makanan local contohnya linut, ayam dalam buluh tu, pucuk midin etc :D Alhamdulillah sedapppp. Balik tidurrr kepenatan. Banyak noks berjalan harini dalam Kg Budaya la naik turun jambatan tu la :'D

Day 2 kat Kuching, kami breakfast di Mom's Laksa. Kekonon nak mi kolok selaku special local dish Sarawak tapi sebab kami gi lambat sikit, as pepagi tu pegi Medan Niaga Satok dulu beli ikan terubuk dan kain batik (price is nice. beli je kat pasar minggu sini.) so by the time kitorang pegi makan tu, mi kolok dah habis. So kitorang order mi jawa special (ada satay sedaaaaapppp) dan laksa Sarawak. TETAP SEDAP okay. Pergh. Pastu pegi Mira Cake House dekat Kg Boyan, siap naik perahu seberang ke belah Waterfront tu dan patah balik ke Kg Boyan, tengok regatta jap, pastu balik rumah simpan dalam peti ais barang2 belian. Solat Zuhur, dan Kak Najwa drive lebih setengah jam utk bawa kami ke Telaga Air makan seafood sedapppp, murah!

Di sinilah dapat emel kata flight malam ni delay so kami extend lama sikit dekat Esplanade tu, tambah2 jeti dia boleh bergambar cantik2. Naik bot keliling sungai tu pun boleh, RM10 untuk 30mins. Murah la kan, tapi sebab x plan apa2 aktiviti air, so kami melepak je kat situ.


Balik rumah kemas barang, rehat jap kemudian lepas Maghrib keluar balik untuk tangkap gambar di tugu Kuching, pastu makan ice cream gula apong dan kemudiannya ke airport.




Mereput di airport tunggu flight, pastu alhamdulillah selamat sampai KLIA2 awal pagi Isnin 5hb tuu.

Some things here and there la yg mengganggu mood, contohnya flight delay dan affect plan lain huhuhu tapi rasa tak baik sangat nak merungut sebab nikmat yg ALLAH kasi rasa melebihi tu sangat dah.

So Sarawak done! Walaupun sekejap dan cuma sebahagian kecil Kuching yang sempat dijejakkan kaki, tapi takpeeee dah bersyukur sangat dah. Ada rezeki, lain kali kita datang lagi ya :)

Kak Najwa, thank you so much for the great hospitality. Kak Kerun and Syazwani, terima kasih jadi travel partner yg awesome.

So, Sabah bila ni, akak? :D



Wallahu'alam, wassalam.


p/s : Maaflah, dah tak berapa rajin nak cerita in details satu persatu macam dulu2. In case korang nak tahu apa2, letak je kat komen ye nanti kalau sis baca, sis balas :)